Saturday 1 October 2011

SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al...-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.

Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.

Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

Untuk menyejukkan hati orang yang kita sayang, pasangan, mertua, adik-beradik, kawan-kawan kerja, saudara-mara, bos kita atau sesiapa sahaja dan ia juga baik untuk diri sendiri..Lembutkan hati sendiri.. Tapi kenalah ingat. Niat dengan cara baik, bukan niat cara jahat.....tak menjadi nanti. Mari kita sama-sama amalkan..

Baca Al-Fatihah 1x dengan niat untuk melembutkan hati seseorang.

Kemudian baca ayat ke 4 di dalam Al-Fatihah (kiraan saya tidak termasuk bismillah)
Baca sebanyak 7x dan tiup ditapak tangan serta sapukan keseluruh muka kita. 
Ulang semula langkah-langkah di atas dengan membaca semula Al-Fatihah 1x dan ayat ke 4 sebanyak 7x dan hembuskan kepada insan yang yang dituju.  InsyaAllah dengan izin tuhan maka lembutlah hatinya.

No comments:

Post a Comment