Monday 3 October 2011

RUQYAH + BEKAM = RAWATAN AMPUH GANGGUAN JIN

Rawatan Ruqyah di Petaling Jaya, Selangor

Hampir 2 tahun En Ahmad dan Utz Hanafiah menjalankan kajian kes tentang kaedah ampuh rawatan gangguan jin menggunakan gabungan 2 teknik iaitu teknik ruqyah dan al hijamah/bekam. Dari pemerhatian kami dan respon dari pesakit kami yang lepas, ternyata banyak kes berat dapat kami selesaikan dengan izin-Nya dan jangkamasa kesembuhan pun semakin pantas.

Bagi pesakit gangguan jin di luar sana yang masih lagi menderita penyakit santau, sihir dan juga saka, saya syorkan anda untuk beristiqomah selama 2 minggu sekali bagi menjalani rawatan terapi ruqyah syar'iyah dan al hijamah, InsyaAllah penyakit gangguan jin anda akan cepat sembuh, jadi tak perlulah mencari kaedah-kaedah power ataupun perawat-perawat power yang ada nama lagi..Setiap kaedah perubatan yang disebutkan dalam Al-Quran dan hadis mempunyai jaminan kesembuhan dari Allah SWT. Dalam sibuk kita berikhtiar dalam rawatan, nasihat kami ialah utamakanlah kaedah Al-Quran dan sunnah....

No comments:

Post a Comment