RAWATAN GURAH

RAWATAN GURAH (Cuci Suara & Resdung)
Rawatan gurah adalah satu kaedah rawatan thibbun nabawi di mana Rasulullah SAW pernah melakukannya suatu masa dahulu bagi penyakit yang berkaitan rongga kerongkong dan hidung.

Rawatan Gurah mampu mencegah dan mengawal masalah resdung, bersin, sering berkahak, asma, migrain, berdengkur, susah tidur, meringankan/melunakkan suara, mata rabun dan nafas berbau. 

Kaedah rawatan ini adalah dengan menitiskan air herba dan madu kedalam lubang hidung, pesakit menyedut air herba tersebut dan memuntahkannya kembali. Lendiran kotor dan kahak dari hidung serta kerongkong akan keluar selama 45 minit.

Keesokkannya pesakit akan rasa ringan dan lapang di bahagian dada, kerongkong, kepala dan hidung.  Pesakit dinasihati agar TIDAK BOLEH makan atau minum yang TERLALU panas, TERLALU sejuk dan TERLALU pedas seperti sambal dan berempah.  Digalakkan juga agar kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng, bersantan dan berlemak. 

BULAN PUASA @ RAMADHAN
Khidmat rawatan gurah pada bulan puasa hanya dibuat pada waktu malam sahaja.  Tidak boleh dibuat pada waktu siang kerana boleh membatalkan puasa bagi mereka yang berpuasa.


Caj Rawatan: RM50/sesi/3 bulan sekali

Info Lanjut: www.rawatanterapigurah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment