Sunday 29 July 2012

KELEBIHAN CUKA


Cuka atau dalam bahasa Arab di sebut "khal" mempunyai khasiat pemakanan yang baik dalam mengimbangi diet pemakanan sihat.
  1. Memecahkan lemak dalam badan.
  2. Melancarkan laluan darah.
  3. Menambah dan menguatkan tenaga dalaman.
  4. Meningkatkan kecergasan dan kecerdasan otak.
  5. Melawaskan usus kecil dan besar.
  6. Bertindak sebagai anti alergi, antiseptik, anti anemia, anti ulser.
  7. Menghilangkan masalah jerawat.
  8. Menyekat penyerapan dan pengumpulan lemak.
  9. Menambah metabolisme di bahagian badan tertentu.
  10. Menyingkirkan air yang berlebihan.
  11. Menguatkan dan melembapkan kulit serta menegangkannya.
  12. Merawat selulit.
  13. Membuang lemak yang berlebihan di bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti berbonggol.
  14. Meredakan sengal dan sakit sendi.
  15. Menurunkan risiko masalah barah dan jantung.
  16. Mengandungi antioksidan yang menjaga kesihatan jantung.
  17. Meningkatkan kesihatan membran paru-paru.
  18. Meningkatkan kekuatan dan kesihatan tulang.
  19. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  20. Mengawal berat badan ke paras ideal.
  21. Menghilangkan tekanan dan membantu tidur yang nyenyak. 
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud, "Sebaik-baik hidangan makanan ialah cuka.  Ya Allah berkatilah cuka, sesungguhnya cuka itu makanan nabi-nabi terdahulu sebelum Aku dan jangan terputus cuka dalam suatu rumah."

ANTARA MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH

  1. KURMA - Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, "Barang siapa di dalam rumahnya tiada tamar (kurma), rumahnya seperti tiada makanan." Ia juga baik dimakan ketika mengandung.
  2. SUSU - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Susu menghilangkan haba dari hati sama seperti jari menghilangkan peluh di kening.  Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan menjauhkan daripada nyanyuk."
  3. CUKA - Makanan yang Rasulullah S.A. suka makan bersama minyak zaitun (ia kini menjadi menu di restoran elit di Itali).
  4. AIR - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan melanggah, melanggah menyebabkan kesakitan pada paru-paru."
  5.  SEMUA JENIS TEMBIKAI - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorang pun wanita yang mengandung dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya."

Saturday 28 July 2012

RAWATAN BEKAM MAMPU KUATKAN SISTEM IMUM TUBUH

 
Sistem imun memainkan peranan sebagai pelindung dan penentang penyakit.  Pleh itu sudah pasti anda mahu memberikan segala yang terbaik bagi merangsang sistem imun.

Stres menjadikan tubuh lebih mudah diserang penyakit.  Apa yang anda makan memberi kesan kepada sistem imun.  Sistem imun boleh menjadi lemah apabila usia meningkat.  Alahan juga adalah disebabkan oleh sistem imun yang terlebih aktif.

Sila hubungi kami untuk mendapatkan rawatan bekam dengan segera. 

"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

RAWATAN BEKAM PULIHKAN STROK

   
Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu.  Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting.  Apabila saluran darah di dalam otak pecah atau tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrient.

Bahagian otak itu mula mati.  Kerosakan otak menjejaskan deria, pertuturan dan pemahaman bahasa.  Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan berubah.

Gejala:
  • Kelemahan atau rasa kebas mengejut di sebelah bahagian badan.
  • Kekaburan penglihatan secara tiba-tiba.
  • Kesukaran bertutur.
  • Pening, kehilangan imbangan.
  • Sakit kepala yang teruk.
  • Rasa mual, muntah.
Kesan Strok:
  • Kehilangan berat badan.
  • Tidak dapat menelan.
  • Tidak dapat mengawal pembuangan najis.
  • Terlalu cemas, murung dan beremosi.
Cara kurangkan risiko strok berulang:
  • Jadilah lebih aktif secara fizikal.
  • Amalkan diet yang sihat.
  • Kekalkan berat badan yang sihat.
  • Jangan merokok.
  • Periksa tekanan darah.
  • Pemeriksaan kesihatan secara tetap dan teratur.
  • Merujuk fisioterapi.
  • Melakukan rawatan bekam seminggu sekali.
"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

Friday 27 July 2012

DALIL/HADITH RAWATAN BEKAM

"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara,iaitu minuman madu,sayatan alat bekam dan Kay (pembakaran) dengan api, dan sesungguhnya aku melarang umatku dari Kay" (Hadis sahih)

"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam" (Hadis sahih)

"Aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad,perintahkanlah umat kamu agar berbekam!!" (Shajihu Al-Jami' 5671)

"Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit,maka bekam juga boleh mencapainya" (Hadis sahih)

"Sebaik-baik hamba adalah jurubekam, kerana ia membuang darah kotor, melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan...." (Hadis Hasan Gharib)

"Bila apa yang kamu gunakan sebagai pengubatan ada yang boleh mengenai penyakit atau memburu penyakit, maka itu adalah bekam" (HR Ibnu Jarir)

RAWATAN BEKAM ATASI MASALAH BERKAITAN ORGAN RAHIM WANITA



Bagi kaum wanita yang mengalami masalah senggugut, keputihan, fibroid, cist serta sukar mengandung, anda disyorkan menjalani rawatn bekam seminggu sekali pada kawasan bawah pusat, ari-ari, pinggang dan pinggul sebulan sekali, InsyaAllah penyakit anda sembuh. 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A) 

RAWATAN BEKAM DI SIANG HARI TIDAK MEMBATALKAN PUASA


Amalan berbekam di siang hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa berdasarkan hadith Ibnu Abbas: حديث ‏ابن عباس " أنه - صلى الله عليه وسلم - احتجم وهو محرم صائم ‏في حجة الوداع Sesungguhnya RASULLAH S.A.W berbekam semasa haji wada" dalam keadaan Baginda berihram dan berpuasa." Hadith riwayat Bukhari, Abu Daud, Tarmizi dan Nasai

Tuesday 24 July 2012

RAWATAN BEKAM ATASI MASALAH OBESITI & DIABETES


 

Kegagalan menjaga pola hidup sihat boleh menyebabkan diabetes dan obesiti.  Kedua-duanya merupakan pintu masuk pelbagai jenis penyakit.  Namun, sekiranya rajin mengambil buah-buahan dalam menu harian, meurut beberapa penyelidikan, kedua-dua jenis masalah kesihatan ini bukanlah lagi menjadi satu ancaman.  Selain itu, dengan membuat rawatan bekam mampu mengeluarkan darah kotor yang mengandungi urid asid di dalam badan.  Badan anda akan menjadi sihat dan segar selepas berbekam.

Percuma 1 botol toner aura seri untuk 10cup ke atas. 1cup=RM5

Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

RAWATAN BEKAM UNTUK SAKIT MIGRAIN


Migrain sebenarnya mempunyai beberapa simptom selain anda berasa sakit kepala.  Migrain berlaku apabila seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang.  Tahap kesakitannya berbeza begitu juga kekerapan mengalaminya serta jangka masa serangan itu berlaku.

Migrain sebenarnya berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud sakit sebelah kepala.  Kebiasaannya, serangan sakit kepala sebelah boleh menyebabkan kedua-dua belah kepala menjadi sakit jika ianya berlarutan.

Segeralah hubungi kami untuk mendapatkan rawatan bekam bagi mengurangkan masalah sakit migrain anda.

Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

SEKILAS PANDANG MENGENAI PUASA RAMADHAN


Monday 23 July 2012

DOA PENDINDING DAN PENGGERAK


 

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan di sepanjang hari tersebut.  
 
Faedah mengamalkan doa ini ialah:   
- Terhindar diri daripada bahaya.  
- Terhindar diri daripada kemudaratan makanan.  
- Terhindar diri daripada sihir.  
- Terhindar diri daripada gangguan makhluk halus.  
 
Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" AL-ISRA 82

RAWATAN BEKAM RESDUNG

 

Bekam Darah Merawat Masalah Muka/Resdung RM30 

TANDA-TANDA RESDUNG 
  • Gatal-gatal di hidung dan lubang telinga 
  • Gatal-gatal di tekak, langit-langit dan lidah 
  • Gatal-gatal pada mata dan berair 
  • Gatal-gatal pada kulit kepala serta rambut gugut 
  • Hidung akan berair dan meleleh 
  • Miang di seluruh badan 
  • Bersin, sakit kepala dan migrain 
  • Pecah kuku atau makan cekam 
  • Jerawat batu dan jerawat biasa  
Rawatan bekam muka ini adalah untuk wanita yang mengalami kulit muka bermasalah dan juga penyakit resdung. Pesakit disyorkan datang seminggu sekali sebanyak 3x sesi untuk mendapat kesan kesembuhan yang maksimum.

KEBAIKAN RAWATAN BEKAM DI BULAN RAMADHAN

Lebih baik jika sepanjang anda berpuasa, anda mengamalkan pengambilan makanan atau minuman tambahan seperti jus buah-buahan ataupun vitamin untuk tubuh.  Ini adalah perlu agar anda kekal cergas walaupun berpuasa.  Jika anda segar dan cergas, tidak timbul masalah badan lemah kerana metabolisme badan anda berada di tahap yang baik.  

Namun, 3 biji kurma setiap kali bersahur dan berbuka sudah memadai.  Membuat rawatan bekam untuk sekali di bulan Ramadhan ini juga adalah digalakkan bagi menjaga kesihatan yang baik agar berpanjangan.  Ia dapat membantu membuang segala toksid dan urid asid di dalam badan kita terutama apabila kita berbuka dengan beraneka juadah berbuka yang menyelerakan.

Caj rawatan: Rawatan bekam stress 10cup=RM50 @ Rawatan bekam overhaul 22cup=RM110

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Sunday 22 July 2012

RAWATAN BEKAM ATASI MASALAH GASTRIK @ ASID REFLUKS

Asid refluks adalah satu keadaan apabila jus gastrik yang mengandungi asid masuk kembali semula daripada perut dan masuk ke dalam esofagus.
Gejala-gejalanya:
  • Pedih hulu hati
  • Makanan yang dimakan naik semula ke atas mulut.
  • Sakit dada
  • Kesukaran untuk menelan
  • Suara serak, hakisan gigi dan asma
Sebab-sebabnya:
  • Keabnormalan perut
  • Kehamilan
  • Merokok
  • Makanan yang mencetus asid refluks seperti oren, kopi, teh, minuman bergas, makanan bergoreng
  • Terlalu berat atau obes
  • Memakan hidangan besar dan selepas itu berbaring atau membongkok
  • Makan makanan ringan sebelum tidur atau berbaring selepas makan
  • Mengambil aspirin atau ibuprofen, penenang otot atau ubatan tekanan darah tertentu
  • Senaman yang boleh menyebabkan asid refluks melalui cara peningkatan tekanan dalam rongga abdomen.
Dianjurkan membuat rawatan bekam di sekitar perut dan belakang badan. 
Caj rawatan: 10cup = RM50

Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

MENGAPA KURMA?


Buah kurma dapat meneutralkan bahagian dalam perut dan membantu proses detoksifikasi setelah seharian berpuasa.  Makan makanan yang ringan seperti kurma pada awal berbuka puasa dapat memberi tempoh pada sistm pencernaan anda untuk menerima makanan yang berat.

Selain itu, ia juga dapat membantu tubuh bekerja dengan lebih baik ketika berpuasa.  Ia dapat menyalurkan tenaga segera, meningkatkan gula darah dan menambah daya tahan tubuh di samping membantu penyembuhan setelah sakit.

KELEBIHAN KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: "Aku melihat Rasulullah SAW memakan buah-buahan dengan kurma masak."

Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu."

Khasiat kurma Ajwah sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Taala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah SAW.

Terdapat juga di dalam Al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa AS sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25: "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak."

Rasulullah SAW juga pernah bersabda mengenai hal ini, sabdanya: "Beri makan buah tamar kepada isteri-isteri kamu yang hamil dan barawang siapa yang memakan buah tamar tersebut semasa hamilnya, maka anak yang akan lahir itu akan menjadi seorang anak yang penyabar dan bersopan-santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa AS adalah buah tamar."

RAWATAN BEKAM ATASI MASALAH KULIT


   
Mengambil makanan bergoreng dan pedas dalam jumlah yang banyak akan menyebabkan kandungan asid dalam tubuh meningkat sekali gus menambahkan masalah kulit.  Sebaiknya, gantikan dengan pengambilan rempah ratus seperti halia yang baik untuk pencernaan dan juga kesihatan kulit.

Tahukah anda bahawa dengan rawatan bekam juga mampu mengatasi masalah kulit seperti gatal-gatal, berkudis, jerawat dan sebagainya.  InsyaAllah masalah kulit yang dihadapi akan sembuh dengan beberapa kali rawatan.

Caj Rawatan: 1cup=RM5

Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

RAMADHAN DATANG LAGI...



Dengan ucapan 
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 
&
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 
daripada pihak kami semua.

Sunday 15 July 2012

RAWATAN BEKAM KURANGKAN TABIAT SUKA TIDUR

Elakkan tidur terlalu lama kerana ia akan membuatkan tubuh anda teramat letih.  Tidur yang berlebihan bukan satu terapi lagi.  Ia bukan sahaja membuatkan mata mudah letih tetapi menyebabkan anda mengalami rasa sakit badan.

Segeralah hubungi kami untuk membuat rawatan bekam. Anda boleh memilih untuk membuat rawatan bekam stress dan kelesuan di sekitar badan sahaja (RM50/10cup) atau rawatan bekam overhaul di sekitar badan dan kaki (RM110/22cup)

Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

RAWATAN BEKAM UNTUK ELAKKAN GOUT

Photobucket

Gout terjadi disebabkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah.  Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk "kristal asid urik" pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi mengalami sakit, sukar digerakkan, pembengkakan dan inflamasi.  Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki.

Caj Rawatan: RM50/10 cup
Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

Wednesday 11 July 2012

RAWATAN BEKAM UNTUK MENGATASI MASALAH GANGGUAN


Bagi mereka yang mengalami masalah gangguan digalakkan untuk membuat rawatan bekam selain rawatan ruqyah bagi menawarkan gangguan yang sedang dihadapi oleh pesakit. 

Petanda-petanda terkena sihir :-
 
-Sakit kepala/dada/pinggang/tulang belakang selepas waktu asar tanpa sebab klinikal. 
-Kerap bermimpi jatuh dari tempat tinggi 
-Kerap bermimpi ular hitam 
-Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali 
-Muntah darah 
-Batuk berpanjangan tanpa sebab klinikal 
-Badan sering panas ketika malam 
-Badan terasa seram-sejuk bila malam 
-Kelesuan badan -Sukar tidur malam 

Caj rawatan: RM90/18cup 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

KEBAIKAN KEKERAPAN MINUM MADU BAGI PESAKIT GANGGUAN


Bagi pesakit gangguan jin, anda digalakkan untuk minum madu sekerap yang mungkin selama sebulan, anggaran dalam minum 7-9 sudu sehari dan ia bertujuan untuk meningkatkan tenaga badan serta menawarkan sebarang unsur racun di dalam badan. Ini kerana badan kita pasti lemah apabila diserang oleh gangguan serta badan turut mengalami bisa-bisa kerana jin/sihir selalunya ada unsur-unsur racun. Madu sebaiknya diruqyah terlebih dahulu dengan dibacakan surah-surah lazim seperti Al-Fatehah, kursi dan 3 qul dengan ulangan 7x lalu ditiup 10saat pada madu tersebut.


Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

HABBATUS-SAUDA PENAWAR SETIAP HARI


     


Sejak ribuan tahun dahulu, Nigella Sativa, nama umumnya jintan hitam atau lebih dikenali sebagai Habbatus-Sauda, mempunyai ciri perubatan yang dapat meningkatkan sistem ketahanan tubuh, sekaligus menjanjikan tahap kesihatan yang baik bagi kaum lelaki dan wanita. Ia juga dapat mengatasi kepenatan dari aktiviti harian anda.

Kini Habbatus-Sauda boleh didapati di dalam bentuk pil. Boleh didapati di kedai kami dengan harga RM18/sekotak/24biji.

Di dalam kitab sahih Bukhari Muslim, Abu Hurairah R.A. berkata bahawa dia pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:  "Tetaplah kamu dengan Al-Habah Al-Sauda' kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi segala penyakit kecuali As-Sam atau mati".

RAWATAN BEKAM MENAWARKAN LEBIHAN GULA DALAM DARAH


   
Bersahur terlalu kenyang boleh menyebabkan kadar gula dalam darah melonjak sekali gus meningkatkan penghasilan hormon insulin dan lemak.

Akibatnya, tubuh mudah lesu dan mengantuk. Minum banyak saat bersahur juga disarankan untuk menjaga agar terhindar daripada dehidrasi (kekurangan cairan tubuh). Minum air tidak semestinya air putih semata-mata tetapi minum teh, susu, jus buah-buahan, koktel bahkan kuah sayur juga dikira sebagai cecair.

Segeralah buat rawatan bekam dan hubungi kami untuk temujanji anda.

"Aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan, kecuali mereka berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah umat kamu agar berbekam"
(Shajihu Al-Jami' 5671)

KURMA DI BULAN RAMADHAN...

 
Kurma, selain berguna untuk membekalkan tenaga, juga kaya dengan gizi makanan berupa kalium, magnesium, niasin dan serat.  Kurma, jus dan sup merupakan sumber tenaga yang baik, yang mampu membantu mengekalkan keseimbangan air dan mineral tubuh.  
Berbuka dengan segelas air dan tiga biji kurma sudah mencukupi semasa berbuka kerana ia sememangnya berkhasiat.

Sunday 8 July 2012

RAWATAN BEKAM MENYEMBUHKAN PENYAKIT GOUT

 
Gout terjadi disebabkan oleh peningkatan paras darah beku di dalam arteri, kimia yang dikenali sebagai asid urik di dalam darah yang boleh membentuk hablur atau kristal.  Gout terjadi disebabkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak nukleus (daging, ginjal, limpa, jantung), kekacang dan makanan laut (kerang, udang, sotong dan sebagainya).

Gout juga terjadi pada lelaki yang menghidap penyakit darah yang berlebihan (polycytheamia rubra vera, anemia hemolitik dan leukemia).  Selain itu cuaca yang terlalu sejuk, pengambilan ubat bagi penyakit tertentu dan kelesuan turut menyumbang kepada berlakunya gout.

Caj Rawatan: 10cup/RM50

Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)