Thursday 31 December 2015

PENTINGNYA DARAH YANG SIHAT

Image result for jenis-jenis darah

Darah adalah cairan berwarna merah yang mengandungi banyak sel pada pembuluh darah. Kandungan protein dalam darah yang tersusun dikenali sebagai hemoglobin. Pentingnya darah sebagai:-
  • Mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh badan.
  • Menjaga dan mengawal suhu di dalam tubuh.
  • Menutup luka dan mencegah terjadinya jankitan akibat luka.
  • Membekalkan zat nutrisi makanan ke jaringan tubuh badan.

Tuesday 29 December 2015

BEKAM BANTU LANCARKAN ALIRAN DARAH

Image result for aliran darah

Pembuluh darah merupakan bahagian penting dalam sistem aliran darah pada manusia.  Kurangkan makanan yang berminyak, berkolesterol dan berlemak supaya aliran darah tidak tersumbat. Amalkan berbekam sebulan sekali jika perlu.

Sunday 27 December 2015

SAYANGI JANTUNG ANDA...JOM BERBEKAM

Image result for sayangi jantung anda

Jantung adalah penting untuk manusia.  Peredaran darah yang elok adalah penting juga.  Untuk menjaga kesihatan jantung supaya sentiasa sihat, maka jagalah amalan pemakanan, elakkan merokok dan elakkan persekitaran yang tidak sihat dan tidak bersih.

Berbekamlah di belakang badan anda untuk membantu tubuh badan anda menjadi sihat kembali.

Friday 25 December 2015

BERBEKAM MAMPU LANCARKAN SISTEM PEREDARAN DARAH

Image result for sistem peredaran darah

Sistem peredaran darah dalam tubuh badan manusa adalah penting.  Sekiranya peredaran darah tidak berjalan dengan lancar atau terganggu, maka sel-sel yang bekerja dalam tubuh juga akan bermasalah. Berbekamlah untuk buang darah kotor yang bermasalah agar tidak mengganggu kelancaran darah dalam sistem badan anda.

Wednesday 23 December 2015

TIDUR ITU PERLU...SUSAH TIDUR BERBEKAMLAH.

Image result for SLEEPImage result for SLEEP

Tidur sesuatu yang menakjubkan.  Ianya sebahagian dari kematian.  Tidur dapat merehatkan jiwa dan akal serta menyegarkan perut dan badan.  Sesungguhnya manusia itu lemah, maka berehatlah dengan tidur.  itulah hikmah diciptakan malam sebagai waktu tidur.  Tidur adalah salah satu keperluan terpenting bagi tubuh dan jiwa kita.

Sekiranya anda mempunyai masalah tidur, cubalah dengan kaedah berbakam untuk ringankan badan anda.

Caj Rawatan Bekam: RM5/cup (minimum 4cup)

Monday 21 December 2015

REZEKI MILIK ALLAH

Image result for rezeki milik allah

"KepunyaanNyalah perbendaharaan langit dan bumi, Dia melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya dan menyempitkannya.  Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui segala sesuatu." - Surah Asy Syura ayat 12.

Saturday 19 December 2015

SELEPAS RAWATAN GURAH RESDUNG DILAKUKAN

Image result for makan ikut sunnah nabi

Ada beberapa tips yang boleh digunakan selepas rawatan gurah dilakukan. Antaranya:-

Sekiranya anda mengalami masalah gurah yang teruk, digalakkan untuk buat rawatan sebulan sekali pada peringkat awal.  Selepas itu bolehlah dijarakkan sebanyak 2 bulan sekali dan seterusnya 3 bulan sekali.

Untuk tempoh 1 minggu anda digalakkan untuk mengawal / mengurangkan / mengelakkan makanan dan minuman yang terlalu sejuk seperti ais dan aiskrim.

Tidak boleh makan dan minum yang terlalu panas. Tunggulah sebentar agar ia suam sebelum menjamahnya.

Tidak boleh makan yang terlalu pedas, berempah, berminyak, bersantan atau yang alergic seperti belacan. 

Untuk lebih sihat amalkan makan ikut cara Sunnah Nabi Muhammad SAW dan makan makanan sunnah.

Thursday 17 December 2015

SEMASA RAWATAN GURAH RESDUNG DILAKUKAN

Image result for gurah resdung

Sebelum rawatan dimulakan anda akan dikehendaki membaca satu artikel tentang gurah.  Kemudian anda akan diterangkan oleh Juru Gurah anda tentang rawatan akan dilakukan.  Ubat akan dimasukkan ke dalam lubang hidung.  Anda dikehendaki bernafas ikut mulut tanpa hidung. Lendir, kahak dan air liur akan mula bertindak balas dengan ubat gurah.  Proses rawatan mengambil masa selama 45minit - 1 jam. 

Tuesday 15 December 2015

PERSEDIAAN SEBELUM RAWATAN GURAH RESDUNG

Image result for what to do before

Anda dinasihati untuk buat beberapa perkara ini sebelum datang untuk buat rawatan gurah resdung di pusat rawatan.  Antaranya:-
  • Jangan makan banyak atau makan berat 1-2jam sebelum rawatan. Takut nanti termuntah dan anda akan cepat berasa penat.
  • Jangan makan sebarang ubat klinikal yang berkaitan dengan resdung. Takut nanti masalah resdung anda menjadi kering dan susah untuk dikeluarkan pada hari rawatan dilakukan. Berhenti ambil ubat klinikal 24jam/1hari sebelum rawatan.
  • Anda tidak terburu-buru untuk ke tempat lain pada hari rawatan. 
  • Anda tidak demam teruk.

Caj Rawatan Gurah: RM50 seorang

Sunday 13 December 2015

ATASI INSOMNIA SUSAH TIDUR DENGAN BERBEKAM

Image result for tidur lena

Jika anda kurang tidur, badan kurang bersemangat, hilang tumpuan, hipertensi dan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Lakukan senaman 5 jam sebelum tidur untuk pengaliran darah, fikiran lebih tenang dan membantu mengatasi insomnia.

Sekiranya anda mengalami insomnia cubalah dengan berbekam.

Untuk temujanji sila SMS @ WHATSAPP sebelum datang.

Friday 11 December 2015

SENAMAN RINGAN SETIAP HARI

Image result for senaman ringan

Senaman ringan selama 30 minit setiap hari mampu memelihara jantung untuk sihat, menurunkan kadar kolesterol, tekanan darah dan manjaga berat badan.

Selain itu, amalan berbekam sebulan sekali untuk buang darah kotor dan angin dalam badan juga membantu untuk tubuh yang sihat.

Untuk temujanji sila SMS @ WHATSAPP sebelum datang.

Wednesday 9 December 2015

INFO: FAHAMI KETUMBIT

Image result for ketumbit
  1. Ketumbit bukanlah sejenis penyakit mata tetapi penyakit kulit.
  2. Kosmetik untuk mata yang diuji secara optalmologi dan dermatologi tidak menyebabkan ketumbit.
  3. Individu yang mengalami jangkitan kecil pada bulu mata (blepharitis) mudah terkena ketumbit. Bulu mata perlu dibersihkan dengan baik untuk mencegah ketumbit.
  4. Selain mempunyai benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit adalah seperti berikut:-

  • Mata berair.
  • Gatal-gatal pada mata.
  • Mata menjadi sensitif pada cahaya.
  • Bengkak dan kelopak mata menjadi merah dan bengkak.

Monday 7 December 2015

GEMUK PENYEBAB DATANG BULAN ANDA TIDAK NORMAL

Image result for masalah haid kerana gemuk

Terlalu GEMUK boleh menyebabkan hormon mengubah kitaran haid.  Kebanyakan wanita kembali mengalami kitaran haid yang normal setelah berat badannya turun.

Untuk temujanji rawatan bekam sila SMS @ WHATSAPP sebelum datang.

Saturday 5 December 2015

MURUNG KERANA KELEWATAN HAID

Image result for haid lewat

Resah dengan kitaran haid yang sering berubah-ubah boleh menyebabkan seseorang itu murung dan kurang keyakinan diri.

Untuk atasi masalah haid tidak lancar segeralah berbekam dan amalkan makan habbattussauda sehari 2 biji.

Untuk temujanji sila SMS @ WHATSAPP sebelum datang.

Thursday 3 December 2015

MENCEGAH DIABETES DI USIA MUDA

Image result for young diabetes

Jangan anggap usia muda tidak akan pendapat penyakit diabetes kerana pada hari ini semakin ramai yang menderita diabetes pada usia muda dan remaja.

Risiko saudara kandung untuk mendapat diabetes adalah lebih 50% manakala risiko bagi saudara kembar seiras pula adalah 80%.

Untuk temujanji sila SMS @ WHATSAPP sebelum datang.

Tuesday 1 December 2015

BEKAM MENCEGAH DIABETES DI PERINGKAT AWAL

Image result for tekanan dan diabetes

DIABETES adalah penyakit yang sukar dikesan pada peringkat awal dan gejalanya yang timbul sering dianggap ringan dan diabaikan.  Ada juga penghidap diabetes yang tidak dirawat lebih awal sehinggakan ia membahayakan kesihatan badan yang lain.  Oleh sebab itulah, penyakit diabetes dianggap sebagai pencetus segala jenis penyakti.

Untuk mencegahnya cubalah amalan sunnah Nabi Muhammad SAW iaitu BERBEKAM.

Untuk temujanji sila SMS @ WHATSAPP sebelum datang.

Sunday 29 November 2015

TEKANAN ATAU STRESS JUGA PUNCA DIABETES TERJADI

Image result for tekanan dan diabetes

TEKANAN juga adalah antara punca yang menyebabkan kita mendapat penyakit DIABETES.  Tekanan yang keterlaluan akan mengganggu keseimbangan pelbagai hormon dalam tubuh termasuklah penghasilan hormon insulin.  Selain itu, tekanan juga akan menyebabkan sel-sel tubuh menjadi tidak peka dan tidak tahan terhadap hormon insulin.

Ketahuilah bahawa tekanan yang dibiarkan berlanjutan hanya akan menyebabkan hidup anda jadi lebih buruk.  Oleh itu, marilah buat RAWATAN BEKAM untuk mengurangkan masalah stress anda.  Sama-sama kita beruasaha untuk hidup lebih positif.

Untuk temujanji sila SMS @ WHATSAPP sebelum datang.


Friday 27 November 2015

BEKAM TARIKH SUNNAH PADA 17, 19 DAN 21 KALENDER ISLAM

Image result for BEKAM TARIKH SUNNAH
...DISEMBER 2015...

29 November 2015 (Ahad)
17 Safar 1437H
1 Disember 2015 (Selasa)
19 Safar 1437H
3 Disember 2015 (Khamis)
21 Safar 1437H

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Wednesday 25 November 2015

PULIHKAN MASALAH RABUN DENGAN BERBEKAM

Image result for RABUN

Ramai telah mencuba dengan bekam di tepi pelipis mata bagi mengurangkan masalah rabun mereka.  Rata-rata yang telah mengamalkan bekam alhamdulillah power cermin mata boleh dikurangkan sedikit demi sedikit.

Untuk temujanji sila SMS @ WHATSAPP kami.

Monday 23 November 2015

JERAWAT SEMAKIN TERUK

Image result for jerawat

Tidak tahan dengan sakit disebabkan oleh jerawat di muka. Terasa malu nak berhadapan dengan orang ramai. Atasi segera dengan berbekam jerawat di muka.  Masalah jerawat akan mula berkurangan dan kecut.  Amalkan 2 minggu sekali. Setiap kali lepas berbekam anda digalakkan untuk tuam dengan ais sekerap yang boleh bagi menghilangkan kesan lebam jika ada.

Untuk temujanji sila SMS @ WHATSAPP kami.

Saturday 21 November 2015

BEKAM RESDUNG

Image result for sinus

Bekam resdung di buat di bahagian muka. Selalu masalah resdung mudah buat muka terasa gatal-gatal, mata gatal-gatal dan boleh menyebabkan masalah rabun mata juga.

Jom berbekam...1 cup RM5 minimum 4 cup.

Untuk temujanji sila SMS @ WHATSAPP kami.

Thursday 19 November 2015

GOUT ATAU ARTHRITIS...

Image result for arthritis

Ada yang mengenali sebagai penyakit GOUT. Malah ada juga yang kenali sebagai penyakit ARTHRITIS.  Kedua-dua penyakit ini adalah sama di mana bahagian yang sakit banyak melibatkan di sendi-sendi tubuh badan kita.  Sekiranya berlanjutan dan tidak diubati segera boleh menyebabkan kebengkakan di bahagian tersebut atau di sekitarnya.  Rasa sakit seperti berbisa yang amat sangat apabila disentuh dengan jari.

Cepatlah amalkan berbekam untuk keluarkan darah yang bertoksin.  Inn Shaa Allah sakit akan berkurangan. Amalkan berbekam setiap dua minggu sekali secara istiqomah.

Untuk temujanji sila SMS @ WHATSAPP kami.

Tuesday 17 November 2015

MENGAPA ANDA MUDAH STRESS DAN LESU?

Image result for stop stress

Pelbagai faktor menjadi punca mengapa badan fizikal dan mental kita mudah berasa STRESS dan KELESUAN.  Antaranya ialah....
  • Kesibukan di tempat kerja yang berterusan
  • Perjalanan yang jauh 
  • Bersukan dengan cara tidak sihat
  • Tidak mengawal faktor pemakanan
  • Masalah kesihatan yang berpanjangan
  • Tiada masa untuk beriadah dan berehat
  • Faktor tidur yang tidak cukup atau terlebih waktu tidur
  • Perasaan tertekan ketika atau bakal menghadapi sesuatu kerja atau perkara

Jom cuba rawatan bekam 10 point di belakang badan untuk kembalikan dan pulihkan kesegaran badan anda.  Ramai telah mencuba dan berpuas hati. Anda bila lagi?

Untuk temujanji sila SMS @ WHATSAPP kami.

Sunday 15 November 2015

KENALI PUNCA DIABETIS

Image result for diabetes

Tahukah anda DIABETIS bukan sahaja berpunca daripada pemakanan yang salah tetapi juga beberapa faktor cara hidup yang tidak sihat.  Cubalah berbekam sebulan sekali bagi mengembalikan kesihatan dan kesegaran tubuh badan anda.

Untuk temujanji sila SMS @ WHATSAPP kami.

Friday 13 November 2015

BEKAM MIGRAIN, SAKIT KEPALA

Image result for migraine

Kerap sakit kepala berulangan walaupun selepas makan ubat doktor.  Tidak tahan sakit kepala kerana boleh menggangu aktiviti harian dan waktu tidur juga akan terganggu.  Atasi masalah anda dengan berbekam. Boleh cuba bekam 2 point di leher dan bekam kepala tanpa cukur.

Untuk temujanji sila SMS @ WHATSAPP kami.

Wednesday 11 November 2015

BEKAM DARAH TINGGI

Image result for bekam darah tinggi  Image result for bekam darah tinggi

Bagi mereka yang mengalami masalah darah tinggi sebelum menjadi lebih kronik bolehlah cuba kaedah berbekam di belakang badan anda. Darah yang keluar adalah darah toksin dan kehitaman. Amalkan 2 minggu sekali pada peringkat awal.

Untuk temujanji sila SMS @ WHATSAPP kami.

Monday 9 November 2015

BEKAM SIHIR ATASI MASALAH GANGGUAN

Image result for bekam sihir

Bekam sihir dibuat untuk mereka yang mengalami masalah gangguan.  Ada sesetengah orang yang mengalami sakit di sesuatu bahagian dalam tempih yang agak lama.  Contohnya sakit dibahagian pinggang, tengkuk, pening kepala berpanjangan, sakit di bahagian belakang lutut dan kaki terasa berat, letih, lesu sepanjang hari.  Rawatan bekam merupakan salah satu ikhtiar yang dibuat untuk mengurangkan masalah gangguan.

Untuk temujanji sila SMS @ WHATSAPP kami.

Saturday 7 November 2015

JOM BERBEKAM....

Image result for BEKAM TARIKH SUNNAH

Jom berbekam...boleh bekam:-

Bekam kepala
Bekam muka
Bekam dahi
Bekam dagu
Bekam leher
Bekam badan belakang
Bekam dada
Bekam perut
Bekam pinggang
Bekam punggung
Bekam ulu hati
Bekam bahu
Bekam tangan
Bekam lengan tangan
Bekam pergelangan tangan
Bekam kaki
Bekam peha
Bekam betis
Bekam lutut

Untuk temujanji sila SMS @ WHATSAPP kami.

Thursday 5 November 2015

WAKTU OPERASI PUSAT TERAPI SYIFA TIKAM BATU KEDAH

Image result for terapi syifa tikam batu

PUSAT TERAPI SYIFA - TIKAM BATU, SUNGAI PETANI, KEDAH
No. 2A(1) Tingkat Atas, Jalan Setia Budi 1, Taman Setia Budi, 08600 Tikam Batu,
Kedah Darul Aman

BUKA:-
Isnin - Khamis: 10am-10pm
Sabtu - Ahad: 10am-10pm

REHAT/TUTUP: 12pm-2pm / 6pm-8pm (buka untuk TEMUJANJI sahaja)

CUTI/TUTUP: Setiap Jumaat  
  
CARA TEMUJANJI:-
Sila SMS atau hubungi lebih awal untuk temujanji anda sebelum datang kepada:
  1. En Shazry @ 017-403 4940
  2. Pn Ana @ 017-424 0064
  3. En Anuar @ 017-475 7884
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN:-
  1. Bekam Lelaki/Wanita
  2. Rawatan Gurah Resdung
  3. Bekam Ke Rumah (TERHAD KAWASAN TERTENTU SAHAJA)