Tuesday 12 November 2013

BERUBAT DENGAN HIJAMAH ATAU BERBEKAM

Berikut ialah beberapa riwayat hadis yang menyebutkan perubatan Rasulullah SAW dengan hijamah:-
  1. Daripada Ibnu Abbas RA beliau berkata, Nabi SAW berubat dengan hijamah, ketika baginda sedang berpuasa.
  2. Juga daripada Ibnu Abbas, beliau berkata, "Nabi SAW berubat dengan hijamah keitika baginda sedang dalam ihram.
  3. Daripada Abdullah bin Buhainah, bahawa Nabi SAW berubat dengan hijamah, sewaktu  berada di Liha Jaml iaitu sewaktu pergi ke Mekah, yang pada waktu itu baginda sedang dalam ihram, kerana sakit pada kepala.
  4. Daripada Anas bin Malik, beliau berkata, "Nabi SAW pernah berubat dengan hijamah untuk mengubati dua urat di leher sisi dan pada dua telapak tangan baginda.
  5. Daripada Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW pernah berubat dengan hijamah kerana sakit pada kepala baginda.  Daripada Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW pernah berubat dengan hijamah, dan baginda memberikan upah kepada tukang hijamah.
  6. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah SAW pernah berubat dengan hijamah di bahagian pangkal paha kerana rasa sakit yang menyerang di bahagian itu.
  7. Daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW pernah berubat dengan hijamah sewaktu baginda berada di Milal dan di dalam keadaan ihram, kerana sakit di telapak kaki iaitu dibahagian atas.

No comments:

Post a Comment