Thursday 27 December 2012

BEKAM WANITA RM5/CUP

Kepada semua wanita yang ingin berbekam boleh hubungi saya Pn Nott di 019-285 2849 untuk temujanji rawatan bekam anda di Pusat Terapi Syifa, Section 7 Shah Alam, Selangor.
Cawangan untuk bekam wanita kami juga ada terdapat di:
  1. Taman Dato Haron, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor - Cik Fatin di 017-625 3146.
  2. Bekam wanita ke rumah - Cik Aini di 016-626 4971. Transport charges sebanyak RM30 akan dikenakan.
  3. Sg Petani, Kedah, Pn Ana - sedang bercuti panjang dan akan kembali bertugas semula pada bulan March 2013.
Caj rawatan: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

PENYAKIT HATI


Penyakit-penyakit hati adalah penyakit yang muncul kerana sering melakukan maksiat atau hidup dalam persekitaran kemewahan dan penuh kenikmatan, penyakit-penyakit ini biasanya wujud dalam:

Hasad atau iri hati.
Nabi s.a.w bersabda, "Tidak ada hasad atau iri kecuali dalam dua hal, pertama orang yang diberi harta oleh Allah s.w.t kemudian menggunakannya dalam kebajikan dan orang yang diberi ilmu oleh Allah kemudia dia mengamalkannya dan mengajarkannya kepada orang lain."

Dalam hadis yang lain, "Jauhilah hasad, sesungguhnya Bani Adam membunuh saudaranya kera iri."

Ghibah
Nabi s.a.w bersabda, "Jauhilah berprasangka atau kerana berprasangka adalah dusta yang paling besar."

Marah
Ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Wahai RAsulullah perintahkan kepadaku dengan suatu perbuatan yang sedikit?"  Nabi menjawab, "Jangan marah", orang itu mengulangi permintaanya dan Nabi memberikan jawapan yang sama, "Jangan marah." 

Bakhil
Nabi s.a.w berkata, "Cinta akan harta dan kehormatan menumbuhkan sifat nifak di dalam hati sebagaimana air menumbuhkan kangkung."
Dan baginda s.a.w berkata, "Dua serigala buas yang dilepaskan dalam kandang ternak tidak lebih berbahaya daripda cinta kehormatan, harta dan pangkat dalam agama seorang muslim." 

Riak
Nabi s.a.w berkata, "Barang siapa melakukan kerana ingin dilihat maka Allah akan menampakkan maksudnya kepada semua orang dan barang siapa melakukan kerana ingin didengar oleh orang lain maka Allah s.w.t akan memperdengarkan maksudnya kepada semua manusia."

Takbur
Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah s.w.t berkata, "Kesombongan adalah pakaianku dan keagungan adalah kainku, barang siapa melawanku dalam dua hal tersebut Aku akan mengalahkannya."

Nabi s.a.w bersabda, "Tidak akan masuk syurga orang yand di dalam hatinya terdapat kesombongan walapun sebesar biji sawi, dan tidak akan masuk neraka orang yang di dalam hatinya terdapat keimanan walaupun sebesar biji sawi."

Penyakit hati yang lain
Namimah (menyebar fitnah), berkata kotor, mencintai kemasyhuran dan sebagainya.
Penyakit-penyakit ini sangat berbahaya bagi jiwa dan tubuh.  Penyakit-penyakit seperti ini boleh memebawa kepada kehancuran dan mengalami pelbagai penyakit kejiwaan dan badan.

Pelanggan yang inginkan rawatan boleh terus datang/walk-in ke pusat rawatan kami dengan membawa sebotol besar air mineral, 9 kuntum bunga ros dan juga 9 biji limau nipis. Sila hubungi Pn Nott (jurubekam wanita / gurah wanita) di 019-2852849 (Pusat Terapi Syifa, Section 7, Shah Alam) untuk temujanji anda. 

Caj Rawatan: RM50/sesi 

Firman ALLAH SWT : "Dan kami turunkan dari Al-Quran (sesuatu) yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang zalim (Al-Quran itu) hanya akan menambah kerugian" Al Isra 82

PENCEGAHAN DENGAN CARA RASULULLAH S.A.W DALAM MAKAN DAN MINUM

    
Ada juga tentang minum, Rasulullah s.a.w. telah meletakkan kaedah-kaedah pencegahan yang benar untuk menjaga manusia dari penyakit dan kesan sampingan yang muncul dari pencemaran dah wabak:
  1. Nabi s.a.w melarang bernafas dalam wadah atau gelas dan menganjurkan minum dengan 3 kali nafas, setiap kali bernafas menjauhkan mulutnya dari gelas.  Nabi s.a.w bersabda, "Apabila kalian minum, maka jangan bernafas dalam wadah atau gelas, jika ingin bernafas maka jauhkan gelas kemudian dekatkan kembali jika ingin minum."
  2. Baginda menganjurkan agar tidak minum dalam sekali teguk, akan tetapi minum dalam 3 kali teguk.  Nabi s.a.w bersabda, "Apabila kalian minum maka hiruplah air beberapa kali dan jangan meneguknya sekaligus; kerana penyakit jantung berasal dari minum dengan sekali teguk."
  3. Dan Nabi s.a.w berkata, "Jangan minum dengan sekali nafas seperti minumnya unta, akan tetapi minumlah 2 atau 3 kali.  Ucapkan basmalah jika kalian minum dan baca alhamdulillah jika kalian selesai minum."
  4. Nabi s.a.w menganjurkan untuk tidak bernafas atau meniup dalam gelas.
  5. Dan mewasiatkan agar tidak minum dari mulut cerek.
  6. Rasulullah s.a.w menganjurkan apabila seseorang minum mInuman yang berlemak atau makanan agar membersihkan mulutnya.  Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w minum susu kemudian berkumur dan berkata, "Kerana ada lemaknya."
  7. Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Nabi s.a.w ketika selesai solat Asar pada perang Khaibar meminta makanan, tetapi tidak ada yang lain selain tepung gandum, maka mereka pun makan dan setelah itu minum, kemudian Nabi s.a.w bangun untuk menunaikan solat Maghrib maka baginda berkumur.
  8. Rasulullah s.a.w memerintahkan untuk bersiwak dalam setiap kesempatan dan membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan.  Baginda biasa mencungkil sisa-sisa makanan dari gigi kemudian berkumur dan membersihkannya dengan siwak.
  9. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa selesai makan maka cungkillah sisa makanan yang menempel di gigi, apa yang jatuh maka ludahkanlah dan apa yang menempel di lidah maka telanlah."
  10. Nabi s.a.w bersabda, "Beruntunglah orang yang menyela-nyela ketika wuduk adalah berkumur, menghirup air ke hidung dan menyela-nyela jari-jemari, sedangkan menyela-nyela ketika selesai makan kerana tidak ada yang lebih berat bagi dua malaikat pencatat amal daripada melihat sisa makanan di antara gigi-gigi manusia ketika dia sedang solat."
 
Sila hubungi Pn Nott (jurubekam wanita / gurah wanita) di 019-2852849 (Pusat Terapi Syifa, Section 7, Shah Alam) untuk temujanji anda.  

Caj rawatan: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Tuesday 25 December 2012

KEDAI BEROPERASI SEPERTI BIASA PADA CUTI TAHUN BARU 1 JANUARY 2013


    
Kepada semua pengunjung blog kami, pusat rawatan kami akan beroperasi seperti biasa pada hari cuti Tahun Baru 2013.

1 JANUARI 2013 (SELASA) BERSAMAAN 18 SAFAR 1434H
11 PAGI - 10 MALAM
 
SELAMAT BERCUTI...

MINGGU SUNNAH UNTUK BERBEKAM KEMBALI LAGI...

31 December 2012 = 17 Safar 1434H (Isnin)
2 January 2013 = 19 Safar 1434H (Rabu) 
4 January 2013 = 21 Safar 1434H (Jumaat)
 
Hubungi kami untuk temujanji rawatan bekam anda dengan jurubekam kami.

Jurubekam wanita:
  1. PJ - Cik Fatin 017-6253146
  2. Shah Alam - Pn Nott 019-285 2849
Jurubekam lelaki:
  1. PJ - Maullij Zali 012-346 3416
  2. Shah Alam - Muallij Ahmad 019-307 9883
  3. Sg Petani, Kedah - Muallij Shazry 017-403 4940 / Muallij Syafiq 012-4402553
Caj rawatan: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

BEKAM RESDUNG + RAWATAN GURAH = RM60.00

      
Boleh di katakan semua individu ada mengalami masalah penyakit resdung, bezanya ialah penyakit itu serius atau ringan sahaja. Rawatan bekam resdung ini melibatkan kawasan di muka (2point di pipi).

Petanda penyakit resdung ialah :-
  • Kerap bersin pagi atau berada persekitaran yang berhabuk 
  • Gatal-gatal muka bila makan seafood, daging/ayam, belacan, budu ataupun cincalok. 
  • Mata rabun 
  • Rambut gugur 
  • Jerawat muka 
  • Nafas berbau 
  • Migrain 
  • Tidur berdengkur
Implikasinya jika tidak dirawat akan menyebabkan individu tersebut hilang keyakinan diri dalam kehidupan seharian dan juga sering merasa tidak selesa serta mengganggu fokus kerja/belajar. 

Ada juga dikalangan anda yang mengalami masalah jerawat di belakang badan akibat penyakit resdung di muka. Anda digalakkan untuk membuat rawatan bekam bagi mengeluarkan darah yang bertoksik. Jumlah cup yang akan digunakan bergantung kepada teruk atau tidak masalah penyakit anda. Harga 1 cup adalah RM5 sahaja.

Caj rawatan bekam: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

Caj rawatan gurah: RM50/1sesi=45minit/3bulan sekali
 
Rasulullah SAW pernah bersabda : "Celaka kamu, jangan kamu bunuh anak-anak kamu. Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india, dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH" Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut, lalu bayi itu sembuh. (Diriwayatkan dari Abu Ubaidah) Nabi Muhammad SAW memuji kaedah perubatan gurah ini sebagaimana disebut oleh Abu Daud dalam sunannya bahawa Nabi Muhammad SAW pernah melakukan rawatan gurah ini suatu masa dahulu.

BERBEKAM MAMPU MENINGKATKAN SISTEM IMUN TUBUH BADAN

Anda di luar sana disyorkan untuk membuat rawatan bekam sebulan sekali bagi memantapkan sistem imun badan, kerana toksid yang dikeluarkan dari badan secara tak langsung dapat mengurangkan bebanan organ dalaman dan secara amnya menggalakan penghasilan antibodi badan yang baik.

Caj rawatan bekam: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja. 

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Monday 24 December 2012

AKIBAT BERLEBIHAN DALAM MAKANAN


  
Berlebihan dalam makan memberikan beberapa pengaruh buruk, seperti komplikasi lambung, cirit-birit, sembelit, kesulitan dalam pencernaan, banyak gas dalam perut, kegemukan, penyakit jantung, penyempitan pembuluh darah, tekanan darah tinggi, sesak nafas, radang membengkak dan hempedu, penyakit gula dan mungkin boleh menyebabkan batu ginjal.

Nabi s.a.w. bersabda, "Tempat paling buruk yang diisi oleh manusia adalah perutnya, cukup bagi dia makan beberapa suapan untuk menegakkan punggungnya, jika tidak boleh, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumnya dan sepertiga untuk nafasnya."

Untuk temujanji bekam wanita sila hubungi Pn Nott 019-285 2849 (Section 7, Shah Alam).

Caj rawatan bekam: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

RASULULLAH S.A.W. DAN PENGUBATAN


Dalam pengubatan, Rasulullah s.a.w. melarang menggunakan khurafat, hipnotis (sulapan), penipuan, dan sihir.  Rasulullah s.a.w. telah memerangi semua perkara ini, dengan sabdanya,: Barang siapa yang menggunakan jampi-jampi maka dia telah syirik.  Tauliah, jampi-jampi, dan guna-guna adalah sebahagian dari syirik."  Dan Rasulullah s.a.w. berhasil menumpaskan semua masalah tersebut.

At-Tauliah adalah salah satu dari bentuk sihir atau yang lainnya (guna-guna) yang dilakukan oleh seorang isteri agar dicintai oleh suaminya, dan perlakuan seperti ini disebut sihir kerana dia diyakini memberi pengaruh dan dapat mengubah apa yang telah Allah s.w.t. takdirkan untuknya.

LAMBUNG RUMAH PENYAKIT, MAKA BERBEKAMLAH


Lambung merupakan organ tubuh yang memiliki urat saraf dan berongga seperti tulang kerangka tubuh yang panjang lehernya.  Mulut lambung disebut hati, letaknya di tengah perut dan di dalamnya terdapat bulu-bulu halus.  Lambung merupakan tempat bersarangnya penyakit.  Kerana ia sebagai tempat terjadinya proses pencernaan yang pertama.  Di lambung makanan dicerna lalu dialirkan ke hati.
Dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Lambung merupakan wadah air bagi tubuh, dan pembuluh darah datang mengalir ke lambung.  Jika sihat lambung maka darah yang keluar merupakan darah sihat tetapi jika lambung sakit maka darah yang keluar pun dengan membawa penyakit." (Abu Nu'aim yang menyebutkan hadis ini)

Oleh itu, marilah berbekam di bahagian lambung anda.  Untuk temujanji bekam wanita sila hubungi Pn Nott 019-285 2849 (Section 7, Shah Alam)

Caj rawatan bekam: 1cup=RM5

Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

Sunday 23 December 2012

BEKAM WANITA DI SG PETANI BERCUTI

PENGUMUMAN.....

Ingin dimaklumkan bahawa Pn Ana Jurubekam Wanita di Sg Petani, Kedah akan bercuti dari 01/2013 - 02/2013.  Beliau akan mula bertugas semula seperti biasa pada bulan 03/2013 nanti.

Harap maklum...

Sekian, terima kasih.

Saturday 22 December 2012

MAKAN AYAM/DAGING/SEAFOOD PUNCA UTAMA RESDUNG


   
Bagi mereka yang gemar mengambil makanan lauk yang bersumberkan ayam, daging dan seafood, kesan sampingan dari makanan tersebut ialah melemahkan sistem antibodi badan dan memudahkan penyakit resdung menular ke dalam diri anda.

Petanda awal resdung ialah:-
-Kerap bersin pagi -Nafas berbau -Gatal mata -Gatal hidung -Rambut gugur -Selsema yang berpanjangan -Alergi dan gatal kulit

Untuk mengatasi masalah tersebut anda disyorkan untuk menjalani rawatan gurah, InsyaAllah masalah resdung anda akan sembuh dan suara anda juga semakin lunak dari biasa. 

Sila hubungi Pn Ana 017-424 0064  untuk temujanji anda di Sg Petani, Kedah.
Caj rawatan gurah: RM50/1sesi=45minit/3bulan sekali
 
Rasulullah SAW pernah bersabda : "Celaka kamu, jangan kamu bunuh anak-anak kamu. Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india, dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH" Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut, lalu bayi itu sembuh. ( Diriwayatkan dari Abu Ubaidah) Nabi Muhammad SAW memuji kaedah perubatan gurah ini sebagaimana disebut oleh Abu Daud dalam sunannya bahawa Nabi Muhammad SAW pernah melakukan rawatan gurah ini suatu masa dahulu.

JAGA JANTUNG ANDA DENGAN AMALAN BEKAM


Jika anda ingin menjaga kesihatan jantung anda, anda disyorkan untuk menjalani rawatan bekam sebulan sekali.  Amalan berbekam dapat menyedut semua darah kotor yang pekat, mencairkan darah, melancarkan sistem peredaran darah seluruh badan, meningkatkan antibodi di kawasan jantung dan juga menguatkan tisu/otot jantung.

Pembunuh no. 1 di Malaysia ialah serangan jantung, jadi marilah kita bersama-sama mencegah penyakit serangan jantung dengan istiqomah berbekam sunnah setiap bulan, InsyaAllah kita sama-sama akan mendapat rahmat kesihatan dari-Nya. 

Untuk temujanji sila hubungi Pn Ana di 017-424 0064 (Sg Petani, Kedah).

Caj rawatan bekam: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

Thursday 20 December 2012

KEDAI BUKA SEPERTI BIASA PADA CUTI HARI KRISMAS 25 DISEMBER 2012


 
Minggu depan adalah cuti hari Krismas dan kedai kami akan buka seperti biasa bagi memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat rawatan. 

Hari Krismas
25 Disember 2012 = 11 Safar 1434H (Selasa)
Buka dari 11.00pagi - 10.00malam.

Jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan:-
  1. Rawatan bekam lelaki / bekam wanita
  2. Rawatan bekam resdung lelaki / bekam resdung wanita
  3. Rawatan gurah lelaki / gurah wanita
  4. Rawatan urut batin lelaki (Shah Alam sahaja)
  5. Rawatan urut badan wanita (Shah Alam sahaja)
  6. Rawatan aura seri lelaki / aura seri wanita / jodoh (Shah Alam sahaja)
  7. Rawatan ruqyah (masalah gangguan) lelaki / wanita / keluarga / pekerjaan (Shah Alam sahaja)

    Untuk temujanji sila hubungi cawangan yang berdekatan dengan tempat anda atau:
    Pn Nott (Shah Alam) : 019-285 2849
    Cik Fatin (Petaling Jaya) : 017-625 3146
    Pn Ana (Sg. Petani) : 017-424 0064

RAWATAN GURAH DAN RAWATAN BEKAM RESDUNG 2in1


Rawatan gurah adalah kaedah rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan rongga kerongkong dan hidung.  Antara khasiat rawatan gurah mampu menyembuhkan penyakit resdung, migrain, masalah berkahak, asma, susah tidur dan untuk melunakkan suara.

Caj rawatan gurah: RM50/1sesi=45minit/3bulan sekali
 
Rasulullah SAW pernah bersabda : "Celaka kamu, jangan kamu bunuh anak-anak kamu. Wanita mana pun yang anaknya diserang penyakit uzrah atau sakit di kepala hendaklah mencari qisth india, dicampur dengan air lalu digunakan sebagai GURAH" Lalu Aisyah menyuruh agar dicarikan bahan tersebut untuk digunakan sebagai GURAH pada bayi tersebut, lalu bayi itu sembuh. ( Diriwayatkan dari Abu Ubaidah) Nabi Muhammad SAW memuji kaedah perubatan gurah ini sebagaimana disebut oleh Abu Daud dalam sunannya bahawa Nabi Muhammad SAW pernah melakukan rawatan gurah ini suatu masa dahulu.
PN NOTT @ 019-285 2849 Jurubekam Wanita 
Manakala bekam darah yang dilakukan adalah untuk mengeluarkan darah kotor dan angin dari badan yang mengandungi urid asid, lemak dan toksin.   

Caj rawatan bekam: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Untuk temujanji sila hubungi cawangan yang berdekatan dengan tempat anda atau:
Pn Nott (Shah Alam) : 019-285 2849
Cik Fatin (Petaling Jaya) : 017-625 3146
Pn Ana (Sg. Petani) : 017-424 0064

DARAH ISTIHADAH


Darah Istihadah ialah darah yang disebabkan penyakit atau kerosakan yang berlaku pada saluran darah di kawasan hujung rahim yang keluar bukan dalam tempoh haid dan nifas.  Terdapat beberapa jenis Istihadah jika dilihat dari segi tempoh terjadinya:
  1. Kurang daripada tempoh minima haid iaitu kurang daripada sehari semalam.
  2. Melebihi tempoh haid iaitu lebih 15 hari.
  3. Sebelum didatangi haid dan selepas putus haid (menopaus).
  4. Melebihi tempoh maksima nifas iaitu melebihi 60 hari.
  5. Melebihi kebiasaan tempoh bagi haid dan nifas serta melangkaui tempoh yang paling lama bagi kedua-duanya.
Aisyah menceritakan: "Fatimah binti Hubaisy menemui Nabi s.a.w.:  "Wahai Rasullullah, sesungguhnya saya ini seorang wanita yang didatangi istihadah dan saya masih belum suci.  Adakah saya perlu meninggalkan solat?"

Baginda menjawab:  "Tidak, sesungguhnya itu adalah pendarahan dan ia bukanlah haid.  Apabila darah haid datang, tinggalkanlah solat, dan apabila ia berlalu (tempoh tamatnya), maka basuhlah darah (mandi wajib) itu daripada kamu dan didikanlah solat."  (Riwayat Muslim)

Kesimpulannya, mereka tetap wajib dan boleh melaksanakan solat dan puasa Ramadan apabila sampai masanya.  Mereka juga boleh beriktikaf di dalam masjid dengan syarat diletakkan penutup (atau pakai tuala wanita) pada kemaluannya agar darah tidak jatuh mengotori masjid.

Sekiranya masalah yang dihidapi masih berterusan berusahalah untuk mendapatkan rawatan ruqyah dan berbekam dengan jurubekam wanita kami.  InsyaAllah masalah anda dapat diubati.

Caj rawatan bekam: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

FADHILAT BULAN SAFAR

Fadhilat (Amalan-amalan sunat)
Amalan-amalan sunat di bulan Safar adalah sama seperti amalan-amalan sunat di bulan-bulan lain. Tiada amalan-amalan istimewa yang khas untuk bulan Safar yang menjadi amalan Rasulullah saw ataupun para sahabat mahupun salafus-soleh. Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan baik dari hari ke hari tanpa mengira apa jua bulan dalam taqwim. Tingkatkan mutu amalan-amalan fardhu dan tambah amalan-amalan sunat pada setiap masa seperti yang disarankan oleh Islam tidak kira di dalam bulan mana sekalipun. Yang penting adalah niat yang disertakan keikhlasan.

Kepercayaan dan Amalan-amalan Khurafat
Walaupun sudah semakin kurang namun masih ada segelintir di kalangan masyarakat kita yang masih berpegang dengan kepercayaan dan amalan-amalan karut datuk nenek moyang kita yang entah dari mana asasnya. Di antara kepercayaan dan amalan-amalan karut yang berlaku dan ada kaitan dengan bulan Safar itu ialah;
  • Rabu terakhir adalah hari malang
  • Biawak petanda celaka
  • Burung hantu petanda kemudharatan
  • Burung gagak petanda kematian
  • Bulan Safar adalah bulan bala
Kononnya untuk mengelakkan petanda-petanda buruk ini dari berlaku maka disunatkan mandi Safar, berpuasa dan membuat kenduri tolak bala khas di bulan Safar. Kepercayaan dan amalan-amalan di atas tadi adalah khurafat kerana tiada asas ataupun sumber rujukan dari mana asalnya.  Adapun ada hadis-hadis yang mengatakan tentang perkara-perkara tersebut adalah ditolak kerana ia adalah hadis palsu yang sengaja direka-reka dan sudah dinafikan oleh satu hadis shahih yang diriwayatkan oleh imam Bukhari; Maksudnya; Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung, tiada bala bulan Safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti mana engkau lari dari singa.

Maka hukum berpegang dengan kepercayaan karut adalah ditolak. Jika ia berkaitan atau menyalahi akidah maka ia boleh membawa kepada syirik dan merosakkan iman. Apabila iman sudah rosak, maka ia akan mempengaruhi amalan maka amalan juga tidak akan diterima oleh Allah subhanahu wa ta'ala.

Beramal dengan perkara-perkara tersebut juga adalah ditolak kerana ia adalah bid'ah dhalalah. Maka beramal dengan perkara-perkara bid'ah dhalalah adalah haram hukumnya. Dan ada banyak lagi kepercayaan dan amalan-amalan yang karut berkaitan dengan bulan Safar ini mengikut kawasan-kawasan dan kaum-kaum tertentu.

Oleh itu ilmu agama yang berpandukan al-Qur'an dan as-Sunnah adalah neraca untuk menilai setiap sesuatu sama ada mengikut Syarak atau sebaliknya. Dalam memperbetulkan perlakuan segelintir umat di kalangan masyarakat Islam yang masih berpegang dengan kepercayaan dan amalan-amalan karut ini, maka pendakwah dan individu yang faham dan ingin membetulkannya hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu agama dan methodologi dakwah itu sendiri agar kerja dakwah itu menjadi lebih berkesan dan lancar.

Rujukan:  
Khurafat Antara Adat dan Agama, koleksi Khutbah, Jab. Mufti Selangor
Hari Nahas; Pandangan Islam Mengenainya, Pej. Mufti Brunei Darussalam
Peristiwa-peristiwa Yang Bersejarah, MUIS
Sejarah Hidup Muhammad saw, Muhammad Husain Haekal

Tuesday 18 December 2012

JURUBEKAM WANITA UNTUK BEKAM WANITA

 
Kepada mereka yang sedang mencari perkhidmatan jurubekam wanita untuk bekam wanita, anda bolehlah hubungi saya Pn Ana di 017-424 0064 untuk temujanji anda.

Pusat rawatan bekam saya bertempat di No 303, Lorong Haji Wahab, Kampung Padang Temusu, Sg Petani, Kedah (di belakang Masjid Padang Temusu)

WAKTU OPERASI:
Buka setiap hari 10pg-10mlm
Caj rawatan bekam: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Monday 17 December 2012

AMALAN RUQYAH DAN BERBEKAM 2 MINGGU SEKALI MENYEMBUHKAN PENYAKIT GANGGUAN JIN

Kepada pesakit yang menderita dengan pelbagai penyakit gangguan jin disyorkan untuk ruqyah dan berbekam 2minggu sekali sebanyak 3x sesi, InsyaAllah penyakit gangguan jin anda akan makin berkurangan.  

Rasulullah SAW 1400 tahun dahulu pernah berbekam di kepala menggunakan tanduk bagi menyembuhkan penyakit sihir beliau angkara ahli sihir yahudi laknatullah.  Titik bekam disyorkan dibahagian kepala, tengkuk dan tempat yang sakit akibat penyakit gangguan jin tersebut.

Herba tambahan yang perlu diambil ialah makan Habbatussawda 1biji pagi dan 1biji petang selama sebulan, IinsyaAllah sembuh.

Caj rawatan bekam: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di Shah Alam sahaja.
 
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Sabda RASULULLAH SAW : "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam".Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu?,baginda menjawab, Al-Sam itu ialah maut" Hadis Sahih Al-Bukhari