Thursday 28 November 2013

BERBEKAM MAMPU KUATKAN IMUN BADAN

Apabila seseorang itu mudah dan sering jatuh sakit itu menunjukkan tahap imun di dalam badannya semakin lemah.  Dengan amalan berbekam sekurang-kurangnya sebulan sekali dan berbekam di bahagian ulu hati mampu menguatkan imun di dalam badan anda.  Apabila sistem imun di dalam badan menjadi kuat ia mampu mempertahankan badan anda dari diserang penyakit.

Untuk temujanji sila hubungi kami dengan segera.

Caj Rawatan Bekam: RM5 per cup

Tuesday 12 November 2013

BERUBAT DENGAN HIJAMAH ATAU BERBEKAM

Berikut ialah beberapa riwayat hadis yang menyebutkan perubatan Rasulullah SAW dengan hijamah:-
  1. Daripada Ibnu Abbas RA beliau berkata, Nabi SAW berubat dengan hijamah, ketika baginda sedang berpuasa.
  2. Juga daripada Ibnu Abbas, beliau berkata, "Nabi SAW berubat dengan hijamah keitika baginda sedang dalam ihram.
  3. Daripada Abdullah bin Buhainah, bahawa Nabi SAW berubat dengan hijamah, sewaktu  berada di Liha Jaml iaitu sewaktu pergi ke Mekah, yang pada waktu itu baginda sedang dalam ihram, kerana sakit pada kepala.
  4. Daripada Anas bin Malik, beliau berkata, "Nabi SAW pernah berubat dengan hijamah untuk mengubati dua urat di leher sisi dan pada dua telapak tangan baginda.
  5. Daripada Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW pernah berubat dengan hijamah kerana sakit pada kepala baginda.  Daripada Ibnu Abbas RA bahawa Nabi SAW pernah berubat dengan hijamah, dan baginda memberikan upah kepada tukang hijamah.
  6. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah SAW pernah berubat dengan hijamah di bahagian pangkal paha kerana rasa sakit yang menyerang di bahagian itu.
  7. Daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW pernah berubat dengan hijamah sewaktu baginda berada di Milal dan di dalam keadaan ihram, kerana sakit di telapak kaki iaitu dibahagian atas.

Tuesday 5 November 2013

KENAPA TAPAK KAKI SAKIT?

Apabila anda mengalami masalah dan sakit-sakit dibahagian tapak kaki seperti terasa bisa dan sengal-sengal itu petanda bahawa ada di antara bahagian badan anda sedang mengalami masalah.  Ini kerana bahagian tapak kaki akan mewakili strukut tubuh badan kita.  Anda di galakkan untuk berbekam.

Untuk temujanji sila hubungi Pn Nott @ 019-2852849 atau sila rujuk 'CAWANGAN KAMI'.

Caj Rawatan: RM5/cup