Sunday 30 September 2012

BEKAM ATASI MASALAH GANGGUAN TIDUR

Gangguan tidur atau turut dikenali sebagai Insomnia sering dianggap sebagai penyebab tidak dapat tidur lena.  Stress juga boleh menjadi salah satu punca kepada Insomnia.  Ada masa seseorang itu tidak dapat tidur langsung dan ini boleh menyebabkan masalah lain timbul seperti kelesuan badan, sakit kepala, mudah beremosi dan menjejaskan tugas harian kita.  

Walaupun terdapat pelbagai sebab kepada Insomnia, anda boleh amalkan beberapa tip berikut:-
  1. Pastikan anda tidur pada waktu yang telah ditetapkan.
  2. Buat senaman pada siang hari
  3. Elakkan makan berlebihan pada waktu malam
  4. Buat latihan penafasan supaya badan dapat releks dari stress
  5. Boleh mandi dengan air suam sebelum tidur
  6. Urut badan untuk merehatkan otot
  7. Baca buku yang membosankan supaya cepat mengantuk
  8. Melakukan rawatan bekam untuk melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan stress.
Adalah diingatkan dengan pengambilan sebarang ubat tidur tanpa nasihat doktor secara berterusan boleh menyebabkan ketagihan dan tidak selamat.

Caj rawatan: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di PJ dan Shah Alam sahaja.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

BEKAM MUKA MENYEMBUHKAN RESDUNG DAN JERAWAT

Berbekam di sekitar muka dapat menyembuhkan masalah resdung dan jerawat secara maksimum kerana darah kotor telah dikeluarkan dan regenerate hormon akan aktif pada tempat yang telah dibekam.  Fungsi regenerate hormon adalah memperbaiki segala masalah kepincangan organ/tisu pada tempat tusukan jarum bekam. 

Caj rawatan: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di PJ dan Shah Alam sahaja.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

GURAH MENCUCI SUARA

30 September 2012   Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN
LEBIHAN lendir menyempitkan rongga hidung seterusnya mengganggu kelancaran pernafasan dan penghasilan suara dengan sempurna.

DALAM perubatan tradisional, ada beberapa kaedah pengubatan yang berupaya mengeluarkan toksin secara langsung daripada tubuh sekali gus membuatkan pesakit berasa lega. Antaranya rawatan bekam, resdung dan gurah.

Mungkin ramai yang sudah biasa mendapatkan rawatan resdung dan pernah mendengar ataupun melihat sendiri cara berbekam, namun, rawatan gurah memang jarang-jarang diperkatakan.

Menurut seorang pengamal perubatan gurah, Muhammad Razali Ahmad, 37, kaedah rawatan ini dapat mengeluarkan semua lendir yang ada di hidung dan kerongkong supaya nafas menjadi lebih panjang dan lunak.

“Rawatan ini turut dikenali sebagai rawatan cuci suara. Selain membersihkan hidung dan kerongkong, ia juga dapat menyelesaikan masalah resdung dan simptom kerap bersin terutamanya pada waktu pagi.

“Bagi yang kerap berdengkur, rawatan ini turut membantu pelanggan mengurangkan dengkuran bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

“Begitupun, buat pelanggan yang mahu mengurangkan dengkuran, mereka perlu menjalani rawatan lebih kerap berbanding pesakit biasa, lama-kelamaan, insya-Allah, masalah dengkur mereka akan beransur hilang,” kata Muhammad Razali.

Menurutnya, kaedah rawatan yang menggunakan titisan air rebusan akar kayu terpilih itu biasanya mengambil masa selama 45 minit untuk selesai.

“Pelanggan akan diminta berbaring sebelum air rebusan akar kayu dititiskan ke dalam hidung.

“Dalam masa seminit, tekak pesakit akan berasa sedikit pedih sebelum dia diminta duduk dengan memegang sebuah baldi kecil.

“Beberapa saat kemudian, pesakit secara automatik memuntahkan lendir berwarna putih jernih daripada hidung dan mulut.

“Bagi yang tidak pernah membuat rawatan gurah, ibu kerak yang berwarna kekuningan seperti nanah dan sedikit berbau juga akan keluar bersama,” ujar Muhammad Razali lagi.

Dengan bayaran RM50 bagi sekali rawatan, lendir yang dikeluarkan pesakit akan dipastikan benar-benar bersih sebelum sesi tersebut dianggap selesai.

Antara pelanggan yang sering mendapatkan khidmat gurah terdiri daripada kalangan artis, qari, qariah dan bilal.

Lancar

“Selepas rongga dibersihkan, lontaran suara anda akan berasa ringan serta mantap. Kaedah ini juga mampu merawat penyakit suka berkahak dan resdung yang kerap bersin pagi,” ujar Muhammad Razali.

Katanya lagi, apabila terlalu banyak lendir di dalam kerongkong dan rongga hidung, saluran pernafasan menjadi sempit. Bayangkan jika lendir itu sudah berkumpul di situ bertahun-tahun lamanya, pasti sedikit sebanyak ia menjejaskan fungsi rongga yang dahulunya lapang.

Walaupun tidak memberi kesan sakit secara langsung, kehadiran lambakan lendir di kawasan tersebut mengganggu kelancaran pernafasan dan suara.

“Kebanyakan pelanggan yang datang mendapatkan rawatan di sini sering mengadu sukar untuk menarik suara dalam nada tinggi ataupun panjang.

“Biasanya apabila sudah terlalu banyak lendir, tidak banyak angin yang boleh memasuki rongga hidung dan kerongkong. Keadaan ini menyebabkan dada cepat mengah dan suara mudah ‘tersepit’.

“Seperti meniup belon, bila kita tiup, ia mampu menyimpan banyak angin, jika kita lepaskan, pengaliran udara yang keluar juga lancar, tetapi jika kita kepitkan jari di mulut belon, pastinya angin susah nak keluar dan bunyinya juga membingitkan telinga, begitu juga kaitan antara rongga yang luas, udara dan suara,” jelas 
Muhammad Razali panjang lebar.

Walaupun banyak manfaat rawatan pembersihan kerongkong dan rongga hidung ini, pelanggan tidak digalakkan melakukannya secara kerap.

“Paling ideal, ia dilakukan tiga bulan sekali. Jika terlalu kerap, lendir belum banyak terkumpul. Dikhuatiri proses pembersihan tersebut akan memedihkan rongga hidung pula,” ujarnya yang belajar mengendalikan rawatan gurah daripada seorang pakar gurah di Pahang.

Biarpun kaedah rawatan ini nampak mudah, Muhammad Razali tidak menggalakkan pelangannya melakukan proses pembersihan lendir ini sendirian di rumah.

“Jika tidak kena teknik memasukkan air rebusan kayu itu tadi, mungkin rawatan ini tidak menjadi,” katanya yang menyediakan rawatan untuk pesakit lelaki sahaja.

Untuk mendapatkan rawatan ini boleh hubungi:-
  1. En Muhammad Razali di 012-346 3416 -PJ, Jalan Klang Lama
  2. En Kamaruddin Husin di 017-305 2944 -Jalan Kopi, Meru, Klang 
Caj Rawatan: RM50/sesi
Website: www.rawatangurah.com atau  www.rawatanterapigurah.blogspot.com

Saturday 29 September 2012

RAWATAN AURA SERI MENAWARKAN SIHIR PADA BADAN

Apabila seseorang itu terkena sihir, wajah mereka akan kusam dan kesihatan badan juga kurang memuaskan.

Petanda seseorang itu terkena sihir ialah :-
  • Sering sakit pinggang/kepala/dada/tulang belakang selepas waktu Asar ke atas tanpa sebab klinikal.
  • Kerap bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Kerap bermimpi binatang berbisa warna hitam seperti ular hitam dan sebagainya.
  • Kerap bermimpi berada di tempat sunyi/kotor/tandas.
  • Kerap bermimpi menyusukan bayi.
  • Kerap bermimpi rumah lama.
  • Kerap bertengkar suami isteri perkara remeh temeh.
  • Gagal melakukan hubungan kelamin.
  • Sukar mengandung.
  • Darah haid turun melebihi 15 hari.
  • Batuk yang berpanjangan.
  • Badan bisa-bisa/banyak angin.
  • Ada ketumbuhan ganjil pada badan
  • Sukar beribadat.
  • Badan terasa panas selepas waktu maghrib.
  • Sukar tidur malam.
  • Ada terdengar bunyi guli jatuh di atas syiling.
  • Terasa sering diperhatikan dari belakang.
  • Kerap ditindih ketika tidur.
Caj Rawatan Aura Seri: RM50/sesi. Sila bawa 1botol air mineral 1.5liter, 9 biji limau nipis dan 9 kuntum bunga. PERCUMA 1 botol toner aura seri untuk WANITA di PJ dan Shah Alam.

SIHIR HIPNOTIS DAN AKIBATNYA

Sihir hipnotis turut dikenali sebagai sihir memperdaya pandangan.  Selalunya diamalkan oleh ahli silap mata yang menggunakan sihir melalui bantuan jin untuk memperdayakan pandangan mata seseorang.  Ada juga yang mengamalkan dengan tujuan tidak baik seperti mencuri, mengaibkan pandangan orang dan memperdayakan penglihatan seseorang.

Selain buat rawatan ruqyah untuk membatalkan sihir, anda juga boleh buat rawatan aura seri untuk memulihkan aura positif di dalam diri anda.  InsyaAllah anda akan kembali pulih, bersemangat, berseri dan lebih tenang dan gembira.

Caj Rawatan Aura Seri: RM50/sesi. Sila bawa 1botol air mineral 1.5liter, 9 biji limau nipis dan 9 kuntum bunga. PERCUMA 1 botol toner aura seri untuk WANITA di PJ dan Shah Alam.

RAWATAN BEKAM UNTUK KANSER JANTUNG

Kanser jantung adalah salah satu penyakit yang berbahaya yang menyerang tanpa memberi petanda awal.  Tanda-tanda kanser jantung yang paling ketara adalah seperti sakit di bahagian dada, mengalami gangguan pernafasan (nafas menjadi pendek), perasaan berdebar-debar dengan tiba-tiba, kaki menjadi bengkak dan strok.

Amalkan pemakanan yang sihat selepas melakukan rawatan untuk mendapat tahap kesihatan yang memberangsangkan.  Selain itu, anda juga boleh amalkan berbekam bagi melancarkan perjalanan darah di dalam otot-otot badan dan mengatasi masalah angin yang ada.

Caj rawatan: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di PJ dan Shah Alam sahaja.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

KEBAIKKAN MADU TUALANG

  MADU SYIFA RM30
Madu tualang yang dijual di premis kami telah dibacakan ayat-ayat ruqyah.  Sesuai untuk mereka yang mengalami masalah gangguan. Baik juga untuk menjaga kesihatan badan dan sesuai untuk seisi keluarga.

Ramai yang membeli telah memberi komen yang baik. Di antaranya ialah, walaupun madu ini diminum 3 atau 4 sudu besar sekaligus badan tidak terasa panas, masalah kahak pulih dengan segera, badan yang lemah seakan-akan seperti nak demam juga dapat di atasi dan batuk yang berlanjutan cepat pulih.

Harga: RM30.00/sebotol

Wednesday 26 September 2012

RAWATAN AURA SERI DAN KEBAIKKANNYA

Rawatan aura seri ialah kaedah terapi Al-Quran beserta kaedah minum dan mandian air yang dibacakan Al-Quran. Bahan-bahan mandian pula ditambah dengan bunga, ais, air doa serta limau nipis bagi menaikkan aura seri badan, menghilangkan lesu serta membuang unsur-unsur negatif pada badan.

Khasiat rawatan aura seri ini ialah :-
  1. Menaikkan seri wajah
  2. Menghilangkan wajah kusam
  3. Menawarkan sihir
  4. Meringankan jodoh
  5. Menghilangkan kelesuan
  6. Fokus pada kerjaya, rumahtangga dan perniagaan
  7. Mengeratkan kasih sayang suami isteri
  8. Disukai ramai
Caj Rawatan Aura Seri: RM50/sesi. Sila bawa 1botol air mineral 1.5liter, 9 biji limau nipis dan 9 kuntum bunga. PERCUMA 1 botol toner aura seri untuk WANITA di PJ dan Shah Alam.

SIHIR PENDARAHAN DAN AKIBATNYA

Sihir pendarahan selalunya terjadi kepada wanita-wanita di luar sana. Ada yang berlaku seperti pendarahan haid yang berlanjutan melebihi 7 hari, pendarahan ketika di awal mengandung sehingga menyebabkan keguguran dan sebagainya.  Pendarahan ini boleh berlaku apabila jin yang dihantar oleh tukang sihir memasuki urat saraf bersama darah di dalam badan mangsa. Adakala jika jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim maka otot tersebut akan terkoyak dan mengalirkan darah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah."

Selain buat rawatan ruqyah untuk membatalkan sihir, anda juga boleh buat rawatan aura seri untuk memulihkan aura positif di dalam diri anda.  InsyaAllah anda akan kembali pulih, bersemangat, berseri dan lebih tenang dan gembira.

Caj Rawatan Aura Seri: RM50/sesi. Sila bawa 1botol air mineral 1.5liter, 9 biji limau nipis dan 9 kuntum bunga. PERCUMA 1 botol toner aura seri untuk WANITA di PJ dan Shah Alam.

AMALAN BERBEKAM MAMPU MENGURANGKAN BEBANAN ORGAN GINJAL

Ginjal adalah organ penting pada tubuh manusia di mana fungsinya menapis darah untuk menyalurkan kandungan darah bersih ke seluruh tubuh badan.  Apabila toksid/toksin terlalu tinggi pada saluran darah, akan menyebabkan bebanan yang tinggi dalam proses penapisan darah sekaligus melemahkan fungsi organ ginjal.  

Dengan berbekam, kandungan toksid/toksin pada saluran akan berada pada tahap minima dan juga regenerate hormone akan dirembeskan dengan banyak di bahagian ginjal apabila berbekam di kawasan belakang badan.  Fungsi regenerate hormone adalah untuk memperbaiki tisu/organ yang berhampiran dengan titik bekam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

SEL T AKAN BANYAK DIHASILKAN SELEPAS BERBEKAM

Sel T adalah bahan utama dalam pembentukan sistem antibodi badan.  Apabila kita konsisten dengan amalan berbekam maka banyaklah Sel T yang akan terhasil pada kawasan yang dibekam.  Ini sekaligus akan meningkatkan kekuatan sistem pertahanan badan dalam melawan pelbagai jenis penyakit.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmad dari Allah SWT". (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

URUT WANITA RM50 DI SECTION 7 SHAH ALAM

Kepada wanita yang inginkan perkhidmatan urut wanita Kaedah urut dan tradisional satu badan bagi meringankan badan, membuang angin, melancarkan perjalanan darah dan membaik pulih urat saraf.  Baik untuk menghilangkan kelesuan badan, lenguh-lenguh badan, mencergaskan semula badan dan meringankan badan.

Kepada anda yang mengalami masalah kesihatan seperti menghidap masalah jantung, tekanan darah tinggi atau diperingkat awal mengandung hendaklah perolehi nasihat doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang komplikasi kelak.

Tempahan awal adalah digalakkan kerana temujanji bergantung kepada kekosongan jadual.  Sila hubungi atau SMS kepada Cik Ana di 019-440 8150 untuk temujanji anda.  Sebarang pembatalan temujanji perlulah dimaklumkan lebih awal.

Caj Rawatan: RM50/jam/urut satu badan.

Tuesday 25 September 2012

SIHIR PELARIS DAN AKIBATNYA

Sihir pelaris selalunya diamalkan oleh mereka yang bersaing di dunia perniagaan bagi melariskan perniagaan masing-masing.  Terdapat pelbagai jenis pelaris yang digunakan seperti pelaris yang digunakan di badan, pelaris yang diletakkan di kawasan dan pelaris yang diletakkan pada produk perniagaan.

Antara kaedah yang boleh diamalkan untuk meneutralkan sihir pelaris ialah:
  1. Baca Al-Fatehah 4x
  2. Selawat 11x
  3. Baca Kursi 7x atau 5x atau Bismillah 5 sebanyak 7x
  4. Tiupkan pada premis atau makanan yang disyaki mempunyai sihir pelaris dengan niat agar Allah SWT memusnahkan sihir pelaris tersebut. InsyaAllah.
Sekiranya"instinct" atau gerak hati kita tidak merasa apa-apa, InsyaAllah tempat itu tiada pelaris tetapi sekiranya terasa berat hati atau was-was, lebih baik tinggalkan sahaja.

Ilmu sihir pelaris ini adalah berbahaya kerana ia akan menghitamkan hati mangsa yang terkena ilmu ini dan menyebabkan seseorang itu susah untuk mendapat hidayah daripada Allah SWT dan untuk menerima kebenaran.  Selain itu, ia akan menjadi pemangkin kepada sifat mazmumah yang ada di dalam diri sehingga merosakkan akhlak.

Selain buat rawatan ruqyah untuk membatalkan sihir, anda juga boleh buat rawatan aura seri untuk memulihkan aura positif di dalam diri anda.  InsyaAllah anda akan kembali pulih, bersemangat, berseri dan lebih tenang dan gembira.

Caj Rawatan Aura Seri: RM50/sesi. Sila bawa 1botol air mineral 1.5liter, 9 biji limau nipis dan 9 kuntum bunga. PERCUMA 1 botol toner aura seri untuk WANITA di PJ dan Shah Alam.

SAKIT KEPALA KERANA KAFEIN

Terlalu kerap mengambil minuman seperti kopi atau nescafe yang dicampur dengan susu seperti cafe latte atau cappuccino adalah tidak baik untuk kesihatan.  Ia akan menambahkan kalori dan lemak di dalam badan. Anda juga mungkin akan kerap mengalami sakit kepala dan sekiranya perkara ini berlaku segera berhenti pemgambilan kafein ini.

Segeralah hubungi kami untuk mendapatkan rawatan bekam.

Caj rawatan: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di PJ dan Shah Alam sahaja.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

BERBEKAM ATASI SAKIT SENDI

Jika anda mengalami masalah sakit sendi terutama di bahagian lutut bolehlah hubungi kami untuk mendapatkan rawatan bekam.  InsyaAllah, seteleh berbekam di tempat yang sakit, otot-otot sendi yang lemah akan kembali kuat.

Caj rawatan: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di PJ dan Shah Alam sahaja.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

BERBEKAM UNTUK DIET YANG SIHAT

Walaupun anda kerap bersenam dan berdiet tetapi berat badan masih tidak turun.  Anda disarankan untuk buat rawatan bekam overhaul 22cup (RM110) di belakang badan bagi mengatasi lemak, kolesterol, gula, urid acid dan toksin agar nyah daripada badan anda.

InsyaAllah, jika anda konsisten dengan berbekam anda akan mula nampak hasilnya.  Badan anda akan terasa lebih ringan dan sekaligus dapat mengawal cara dan kuantiti pengambilan makanan seharian anda.

Caj rawatan: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di PJ dan Shah Alam sahaja.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Masyarakat pada zaman sekarang lebih suka makan makanan yang mengandungi bahan perasa yang kuat seperti ajinomoto, garam dan sebagainya.  Tahukah anda dengan pengambilan melebihi 1 sudu teh garam pada setiap hari bagi setiap individu boleh mengundang masalah kesihatan seperti penyakit jantung, strok dan kanser.

Oleh itu, mulalah mengawal cara pengambilan dan kuantiti makanan anda demi kesihatan dan kesejahteraan hidup dan keluarga.

Segeralah berbekam untuk meningkatkan sistem pertahanan badan bagi melawan penyakit.

Caj rawatan: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di PJ dan Shah Alam sahaja.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

Sabda Rasulullah SAW: "Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk, kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit." (Hadis riwayat At Thabrani) 

Sunday 23 September 2012

SIHIR PENYERI (SUSUK) DAN AKIBATNYA

Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Kononnya dengan memakai susuk muka akan sentiasa di pandang manis, tidak berusia, kebal dan sebagainya.

Pemakai susuk biasanya akan merasa lebih yakin kerana menganggap susuk tersebut akan memberi kelebihan seperti menjadi bertambah cantik, bertambah berani, semakin dikasih, semakin manis, dan lain-lain. Dengan itu, bolehlah dianggap susuk ini sebagai satu cara meningkatkan keyakinan diri seseorang, walaupun sebenarnya tidak ada apa-apa perubahan fizikal yang berlaku.

Pemakai susuk biasanya mempunyai beberapa pantang larang seperti tidak boleh memakan beberapa bahan tertentu iaitu pisang tanduk, pisang abu, tidak boleh melintas di bawah tali kain, dan lain-lain, bergantung kepada jenis susuk yang dipakainya.

Keburukan:
  • Pemakai susuk terpaksa mematuhi pantang-larang tertentu. Sekiranya terlanggar pantang-larang, susuk itu akan keluar dengan sendirinya dan menjadi tawar.
  • Susuk ini terpaksa dibuang, sebaiknya oleh dukun yang memakaikan susuk itu, ataupun melalui cara yang diajari. Sekiranya dukun tersebut telah mati atau cara membuang susuk tidak dipelajari, pemakai susuk ini sukar hendak mati.
  • Jika si pemakai susuk melanggar pantang larang, maka susuk yang dipakainya boleh juga menjadi racun kepadanya.
  • Susuk HARAM dipakai terutamanya bagi yang beragama ISLAM, kerana susuk adalah sejenis ilmu hitam yang menyesatkan dan murtad pada sesiapa yang melakukannya.
Selain buat rawatan ruqyah untuk membatalkan sihir, anda juga boleh buat rawatan aura seri untuk memulihkan aura positif di dalam diri anda.  InsyaAllah anda akan kembali pulih, bersemangat, berseri dan lebih tenang dan gembira.

Caj Rawatan Aura Seri: RM50/sesi. Sila bawa 1botol air mineral 1.5liter, 9 biji limau nipis dan 9 kuntum bunga. PERCUMA 1 botol toner aura seri untuk WANITA di PJ dan Shah Alam.

BERHENTI GUNA APABILA SALAH PRODUK

Apabila anda baharu membersihkan muka dengan pembersih muka tetapi sudah terasa pedih dan gatal-gatal, berhenti segera! Jangan terus menggunakan produk tersebut kerana dikhuatiri tidak sesuai dengan kulit muka anda. Mungkin kulit muka anda sensitif dengan produk tersebut.

Anda juga melakukan rawatan bekam pada muka anda.  Darah yang keluar adalah darah kotor dan setelah berbekam muka anda akan terasa ringan, berseri dan kulit muka akan kembali cantik berseri.

Caj rawatan: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di PJ dan Shah Alam sahaja.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

KURANG TIDUR BERISIKO DIABETES

Tahukah anda apabila kita kurang tidur boleh mengundang penyakit diabetes. Selain itu, dengan melewatkan waktu untuk bersarapan juga boleh meningkatkan risiko diabetes.

Untuk mengatasi masalah ini, segeralah datang berbekam. Rawatan bekam yang digalakkan adalah bekam darah hanya 10point akan dibekam dibelakang badan bagi mengatasi masalah darah tinggi, kencing manis dan migrain anda.

Caj rawatan: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di PJ dan Shah Alam sahaja.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

Wednesday 19 September 2012

KATAKAN TIDAK PADA SELULIT

Selulit merupakan lemak pada kulit yang bercantum dengan kolagen.  Biasanya ia terdapat pada paha, punggung, tangan dan betis.  Hampir setiap wanita akan mengalaminya bukan sahaja kepada mereka yang mempunyai badan berisi tetapi yang kurus juga ada mengalami masalah yang sama.  Selulit tidak mengenal jantina kerana kaum adam juga ada turut mengalami nasib yang sama dengan kaum hawa.

Biasanya selulit berbentuk jaringan nipis yang mudah dilihat dan boleh disentuh.  Kontraksi dan juga penyusutan serat akan membuatkan kesan selulit ini lebih ketara.

Anda boleh atasi masalah selulit dengan melakukan senaman, banyakkan berjalan, mengawal pengambilan lemak, gula dan garam di dalam makanan, hindari minuman berkafaien dan banyakkan berehat untuk mengurangkan stress.

Anda juga boleh lakukan rawatan bekam dengan kami bagi mengatasi masalah selulit.  Dengan berbekam masalah seperti kolesterol dapat diatasi.

Caj rawatan: 1cup=RM5
Lebih 10cup PERCUMA 1 botol toner aura seri dan 1 botol minyak aura kasturi kepada wanita yang berbekam di PJ dan Shah Alam sahaja.
 
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A.)

SIHIR PENGUNCI ATAU PENGIKAT DAN AKIBATNYA

Sihir ini selalunya terjadi kepada kaum lelaki di mana nafsu seks mangsa telah dikunci atau diikat tanpa disedari.  Contohnya, seorang suami tidak dapat bergaul dengan isteri disebabkan masalah pada alat sulitnya.  Pada awalnya pesakit mungkin menganggap kelemahannya itu disebabkan oleh aktiviti seks yang berlebihan, stress, kerja berat atau gangguan fikiran.

Mungkin digunakan oleh mereka yang cemburukan dengan kebahagiaan mangsa, ingin membalas dendam kepada mangsa kerana pernah menolak cinta mereka, tidak ingin berkongsi kasih dengan si mangsa atau ingin mengawal mangsa yang suka bermain perempuan.

Pada suatu ketika dahulu pernah Rasulullah SAW disihir oleh Labid Ibnu Al-A'sam. Baginda telah disihir dengan sihir A-Rabt.  Banginda telah menghadapi masalah selama 40 hari tidak dapat bersatu dengan isteri-isteri baginda.  Lalu Allah SWT telah mengutuskan malaikat untuk memberitahu kepda baginda bahawa baginda telah disihir.

Sihir jenis ini jika tidak diubati dengan segera boleh mengakibatkan penceraian.  Selalu terjadi kepada pasangan yang baru berkahwin. 

Selain buat rawatan ruqyah untuk membatalkan sihir, anda juga boleh buat rawatan aura seri untuk memulihkan aura positif di dalam diri anda.  InsyaAllah anda akan kembali pulih, bersemangat, berseri dan lebih tenang dan gembira.

Caj Rawatan Aura Seri: RM50/sesi. Sila bawa 1botol air mineral 1.5liter, 9 biji limau nipis dan 9 kuntum bunga. PERCUMA 1 botol toner aura seri untuk WANITA di PJ dan Shah Alam.

SIHIR GUNA-GUNA DAN AKIBATNYA

Sihir guna-guna juga turut dikenali sebagai sihir percintaan untuk menguatkan atau menambahkan rasa cinta atau kasih sayang bagi pasangan suami isteri, lelaki dan perempuan yang belum berkahwin agar berpanjangan. Barang yang selalu digunakan adalah seperti minyak senyonyong dan minyak dagu yang telah dipuja.

Tanda yang dapat dilihat pada mangsa ialah timbul perasaan cinta yang keterlaluan sehingga sukar untuk mengawal perasaan cinta yang sedang membuak itu.  Keinginan berlebihan untuk melakukan seks juga tidak dapat dibendung walaupun tanpa ikatan yang sah.  Sukar untuk mengawal rasa cintanya dan rindu bayang yang berlebihan.  Selain itu, mangsa yang disihir akan kelihatan seperti patuh dan taat kepada perintah orang yang menyihirnya.

Selain buat rawatan ruqyah untuk membatalkan sihir, anda juga boleh buat rawatan aura seri untuk memulihkan aura positif di dalam diri anda.  InsyaAllah anda akan kembali pulih, bersemangat, berseri dan lebih tenang dan gembira.

Caj Rawatan Aura Seri: RM50/sesi. Sila bawa 1botol air mineral 1.5liter, 9 biji limau nipis dan 9 kuntum bunga. PERCUMA 1 botol toner aura seri untuk WANITA di PJ dan Shah Alam.

STRES PUNCA SAKIT GIGI DAN MULUT

Ada kajian menunjukkan, apabila seseorang itu sedang mengalami stres boleh menghasilkan hormon kortisol dalam jumlah yang besar.  Hormon ini boleh menyebabkan kerosakan pada gusi dan tubuh.  Stres juga mendorong seseorang itu untuk tidak membuat rawatan gigi dengan baik.

Untuk mengatasi masalah ini, segeralah datang berbekam. Rawatan bekam yang digalakkan adalah bekam stress hanya 10point akan dibekam dibelakang badan bagi mengatasi masalah stress anda.