Thursday 22 September 2011

INFO KESIHATAN: Tidur Cukup=Kurang Stress, Kurang Kedutan Dan Kurang Tanda Penuaan

Tubuh yang tidak mendapat tidur yang cukup adalah tubuh yang berada di bawah pengaruh tekanan yang sangat teruk. Tidur yang kurang akan menyebabkan tekanan pada salur darah sehingga hormon tekanan anda tidak dapat dikawal dan tubuh terdedah pada pelbagai penyakit lain yang lebih merbahaya. Bahkan, tekanan juga meningkatkan kedutan dan pelbagai masalah kecantikan yang lain. Anda akan kelihatan lebih tua daripda usia sebenar. Dengan tidur yang cukup, anda memiliki cukup tenanga dan tindakan juga akan lebih positif.

INFO: Majalah Rapi. Bil. 171, 01 September 2011, m/s 23

No comments:

Post a Comment