Monday 31 October 2011

BEKAM THIBBUN NABAWI MAMPU MENYEMBUHKAN GANGGUAN SAKA

Bagi mereka yang rasa dirinya berSAKA, anda disyorkan berbekam di point kepala dan tengkuk pada 17/19/21 kalendar islam ,insyaAllah gangguan SAKA anda akan makin berkurangan...

Petanda diri berSAKA...

1) Sering bermimpi kanak-kanak atau menyusukan bayi.

2) Bermimpi bintang seperti kucing/harimau.

3) Bermimpi rumah lama.

4) Bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia.

5) Panas baran.

6) Tahu sesuatu perkara sebelum terjadi (sixth sense).

7) Boleh melihat makhluk halus.

8) Boleh mengurut/mengubat belajar melalui mimpi.

9) Sakit/pengsan ketika menziarahi orang meninggal.

BACA KURSI & 3 QUL 1X JIKA MELIHAT DARAH YANG ADA UNSUR GANGGUAN

Bagi jurubekam di luar sana, jika anda membekam pesakit anda dan didapati darah yang keluar dari badan pesakit dalam bentuk bertali, saya syorkan anda membaca kursi & 3 qul 1x di dalam hati sebagai perlindungan, kerana darah bertali itu bermaksud badan pesakit tersebut ada gangguan jin.  Tapak jin dalam badan pesakit akan musnah apabila proses bekam dijalankan, sedikit sebanyak jin akan cuba menyerang jurubekam sebab itulah jurubekam pun perlu mengamalkan pendinding diri.

BEKAM OVERHAUL RM110


Rawatan bekam darah ini melibatkan 22cup diseluruh titik badan bagi meringankan badan dan menyegarkan keseluruhan badan secara maksimum serta menyembuhkan masalah kebas kaki.Sila hubungi kami dengan segera untuk temujanji rawatan anda.

Wednesday 19 October 2011

BEKAM DARAH JUGA MAMPU MEMBUANG ANGIN DARI BADAN


Bagi individu yang sering mengalami keletihan dan kelesuan akibat kerja mahupun belajar, berbekam darah pada kawasan tengkuk, bahu dan otot belikat mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan kerana selepas berbekam anda akan sendawa dan banyak angin akan keluar dari badan serta badan akan terasa  lebih ringan.

RAHSIA HABBATUS SAUDA





 
Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun.  Mungkin ada yang tidak tahu bahwa Habbatus Sauda boleh menguatkan system imunisasi pada diri manusia.  Ia juga mampu melawan dan menghancurkan sel-sel kanser.  Habbatus Sauda boleh membunuh cacing-cacing parasit jika dimkan sebelum sarapan pagi.  Ia juga mampu menghilangkan sesak nafas, melancarkan haid dan menyembuhkan gigitan serangga.

AMALAN BERBEKAM MUKA MAMPU MENYEMBUHKAN MASALAH RESDUNG, JERAWAT DAN MENAIKKAN SERI WAJAH

Saturday 15 October 2011

AMALAN BERBEKAM SEBULAN SEKALI MAMPU MENGHINDARI SAKIT BUAH PINGGANG





 
Sakit buah pinggang semakin meningkat dikalangan rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini, ia berpunca dari sikap orang Malaysia yang kerap mengambil ubatan klinikal pada dosage yang tinggi dengan jangkamasa yang panjang.  Bila terlalu banyak ubatan klinikal berada pada sistem aliran darah, ia akan meningkatkan risiko sangkutnya bahan kimia tersebut pada sistem buah pinggang dan akan mengakibatkan kerosakan pada jangka masa yang panjang.  Kaedah berbekam/al hijamah pula bertindak menyedut toksid/toksin/bahan kimia ubatan dari sistem darah badan dan hasilnya kita akan dihindari  dari terkena penyakit buah pinggang kerana aliran sistem darah pada badan kita sentiasa bersih tanpa pencemaran ubatan klinikal apabila melalui proses filter di buah pinggang.

Thursday 13 October 2011

BEKAM KAKI DAPAT MENYEMBUHKAN MASALAH KEBAS-KEBAS KAKI


Bagi mereka yang selalu mengalami masalah kebas ketika bangun berdiri akibat duduk bersila terlalu lama, itu petanda bahagian kaki anda banyak toksid dan angin serta peredaran darah yang kurang lancar.  Anda disyorkan untuk berbekam 8 point pada kedua belah kaki, InsyaAllah selepas berbekam masalah kebas-kebas anda akan pulih.

MINGGU BERBEKAM KEMBALI LAGI (17/19/21hb Islam)


Tarikh yang sesuai berbekam kembali lagi iaitu pada Sabtu ini 15 Oct, Isnin 17 Oct dan Rabu 19 Oct, sila buat temujanji dengan para pembekam kami yer...Selamat berbekam..

Dari Abu Hurairah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit."
(Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Dari Ibnu Abbas R.A, ia berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda, "Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kamu."
(Kitab Kasyful Astaar ‘anZawaa-idil Bazar, karyaal-Haitsami)

Wednesday 12 October 2011

SAKIT LUTUT JUGA BOLEH DIBEKAM


SAKIT SENDI LUTUT
Mungkin anda pernah atau sedang mengalami sakit lutu tetapi tidak begitu mempedulikannya kerana berfikir ia tidaklah begitu serius.  Namun jika rasa sakit ini berterusan ia boleh mendatangkan kesan serius kepada kualiti hidup kerana pergerakan menjadi terhad lantaran bimbang rasa sakit bertambah.

Faktor-faktor yang menyebabkan sakit lutut:
  • Kecederaan lutut akibat aktivit berat
  • Penyakit
  • Berlebihan berat badan atau obesiti
  • Peningkatan usia
Tanda-tandanya:
  • Sakit apabila mula berjalan atau hendak bangun. Mungkin akan hilang apabila berjalan.
  • Sakit apabila naik turun tangga. 
  • Terdapat bunyi meretih atau berasa tidak selesa ketika menggerakkan sendi.
Puncanya:
  • Belaku geseran antara tulang femur dan tibia di dalam sendi apabila rawan rosak atau haus.
  • Penggunaan lutut secara berlebihan.
  • Tidak bersukan atau kurang aktiviti fizikal boleh menyebabkan otot di sekeliling sendi menjadi lemah dan lutut boleh menjadi tidak stabil.
Oleh yang demikian, sekiranya anda ada mengalami simpton-simpton seperti di atas, segeralah datang berbekam dengan kami.

SURAH AN-NAS


Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Tuesday 11 October 2011

GARAM MENYEBABKAN TEKANAN DARAH TINGGI


Bekam Darah Merawat Darah Tinggi, Kencing Manis & Migrain (RM50)

Jika anda mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara automatiknya, anda seorang yang sangat sensitif kepada tahap kemasinan setiap masakan.  Banyakkan makan sayur-sayuran, buah dan kekacang.  Contohnya bayam, brokoli, pisang, kentang dan sebahagian besar kekacang seperti tempe yang mengandungi kalium tinggi.

SURAH AL-FALAQ


Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala”.

Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.

Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

Monday 10 October 2011

BEKAM MENYEMBUHKAN RACUN DAN SIHIR

Bekam Merawat Sihir & Saka RM90
Dari ka`b bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar.Baginda pun bertanya "apakah ini ?" ..Wanita itu menjawab "hadiah".W anita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah, sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda "hentikan", kemudian baginda bertanya kepada wanita itu.."apakah kamu telah meracuni kambing ini ? wanita itu menjawab "ya"..baginda bertanya "mengapa ?" wanita itu menjawab "aku ingin sekiranya kamu pendusta, orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu. Maka Nabi SAW pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam...

Ibnul Qoyyim berkata "ketika Nabi SAW berbekam, baginda berbekam di tengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam"

Saya katakan"demikianlah, juru bekam menjadi sebahagian prajurit Penaklukan Khaibar. Panglima memanggilnya untuk membekam dirinya dan para sahabatnya kerana pengaruh racun pada kambing yang telah mengenai mereka". Nabi SAW segera mengarah kepada sumber bahaya, iaitu darah dan mengeluarkannya dengan bekam. Tidak dapat dinafikan bahawa mungkin sebelum itu mereka berusaha memuntahkan isi perut mereka dulu, sekalipun tindakan itu tidak disebut dalam kisah hadis. Tetapi langkah paling utama adalah menangani orang yang keracunan dengan berbekam, berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut, tetapi tidak memakai kaedah bekam.

Pengunaan bekam pada sebahagian tubuh yang terkena kesan-kesan negatif sihir merupakan salah satu bentuk pengubatan paling efektif jika dilakukan berdasarkan aturan semestinya...Jika sihir itu terjadi melalui makanan dan minuman, ada yang dilakukan dengan bantuan tindakan jin yang merasuk badan dan mengalir pada tubuh manusia di aliran darah. Jika sihir yang terjadi melalui masuknya jin kedalam badan seseorang, lantas jin itu mengalir di dalam darahnya sehingga mencapai kepala dan menciptakan halusinasi serta isyarat-isyarat otak, maka bekam yang merupakan tindakan mengeluarkan darah dari jalan alirannya di bahagian kepala di mana jin memberikan pengaruh padanya. Adakah selain bekam yang lebih efektif mengatasi sihir? Kecuali dengan penggunaan Al-Quranul Karim yang dengannya jin tidak boleh bertahan lama. Alangkah baiknya apabila dua cara penyembuhan digabungkan, iaitu Al-Quran dan bekam.

KESIMPULANNYA, BAGI PESAKIT GANGGUAN JIN SEPERTI SANTAU, SIHIR DAN SAKA, ANDA DIGALAKKAN MENDAPATKAN RAWATAN BEKAM SEMINGGU SEKALI DI KAWASAN TENGKUK DI SAMPING MENJALANI RAWATAN RUQYAH SYAR'IYAH.

SURAH AL-IKHLAS


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya”.

Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

Saturday 8 October 2011

SAKIT PINGGANG

Kaedah bekam darah ini khas dalam merawat masalah sakit pinggang, insyaAllah pinggang anda akan lega serta merta setelah tamat proses berbekam.



Bekam Darah Merawat Sakit Pinggang (RM50)

SURAH AL-MULK



Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

Friday 7 October 2011

BEKAM DARAH UNTUK PENYAKIT RESDUNG

Rawatan bekam muka ini adalah untuk wanita yang mengalami kulit muka bermasalah dan juga penyakit resdung. Pesakit disyorkan datang seminggu sekali sebanyak 3x sesi untuk mendapat kesan kesembuhan yang maksimum.
Photobucket

Bekam Darah Merawat Masalah Muka/Resdung RM30
 
Tanda-tanda penyakit resdung:
  • Gatal-gatal di hidung dan lubang telinga
  • Gatal-gatal di tekak, langit-langit dan lidah
  • Gatal-gatal pada mata dan berair
  • Gatal-gatal pada kulit kepala serta rambut gugut
  • Hidung akan berair dan meleleh
  • Miang di seluruh badan
  • Bersin, sakit kepala dan migrain
  • Pecah kuku atau makan cekam
  • Jerawat batu dan jerawat biasa

SURAH AL-KAFIRUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

Thursday 6 October 2011

BEKAM DARAH MERAWAT GOUT

Photobucket
Bekam Darah Merawat Gout RM50 Sahaja
Kaedah bekam ini adalah khas untuk merawat penyakit Gout, semasa proses berbekam nanti, sejumlah uric acid akan dikeluarkan bersama darah kotor yang kehitaman atau berbuih, InsyaAllah anda tidak perlu berpantang dalam makan lagi dan kaki anda tidak sakit lagi.

INFO

**************
Gout ialah penyakit akibat berlebihan asid urik dalam badan.  Asid urik ialah bahan kumuh yang berasal daripada sejenis protein yang dikenali sebagai 'purin'.  Badan manusia membuang puring melalui proses pembuang air kecil.  Namun bagi penghidap Gout, purin tidak dibuang sebaliknya disimpan di dalam sendi.  Gout sering menyerang lelaki berbanding wanita.  Terutamanya lelaki berusia 30 tahun ke atas.

Tanda-tanda Gout:
- Ibu jari kaki menjadi kerah-merahan, bengkak dan sakit selama semalaman.
- Sendi menjadi bisa-bisa.
- Gout boleh juga menyerang sendi seperti buku lali, lutut pergelangan tangan dan jari.

Ingat sebelum kena!!!
- Jaga badan supaya kandungan tahap asid urik tidak bertambah dalam badan anda.
- Elak pemakanan yang mengandungi purin tinggi.
- Makanan yang mengandungi tinggi purin ialah daging, makanan laut dan kekacang.
- Minum banyak air.

Sumber: MIDI, Bil 115, Bonus MIDI, 15 Jun 2011, m/s 80

SURAH AL-KAUTSAR


Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat.

Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

Wednesday 5 October 2011

BEKAM DARAH JUGA MAMPU MEMBUANG ANGIN DARI BADAN

 Bekam Darah Merawat Stress & Kelesuan RM50
 
Bagi individu yang sering mengalami keletihan dan kelesuan akibat kerja mahupun belajar, berbekam darah pada kawasan tengkuk, bahu dan otot belikat mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan kerana selepas berbekam anda akan sendawa dan banyak angin akan keluar dari badan serta badan akan terasa  lebih ringan.

SURAH AL-WAQI’AH


Surah Al-Waqi'ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan.Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.

Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.

Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya”.

Tuesday 4 October 2011

KEBAS-KEBAS KAKI


Bagi mereka yang selalu mengalami masalah kebas ketika bangun berdiri akibat duduk bersila terlalu lama, itu petanda bahagian kaki anda banyak toksid dan angin serta peredaran darah yang kurang lancar.  Anda disyorkan untuk berbekam 8 point pada kedua belah kaki, InsyaAllah selepas berbekam masalah kebas-kebas anda akan pulih.

SURAH AD-DHUKHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


Monday 3 October 2011

RUQYAH + BEKAM = RAWATAN AMPUH GANGGUAN JIN

Rawatan Ruqyah di Petaling Jaya, Selangor

Hampir 2 tahun En Ahmad dan Utz Hanafiah menjalankan kajian kes tentang kaedah ampuh rawatan gangguan jin menggunakan gabungan 2 teknik iaitu teknik ruqyah dan al hijamah/bekam. Dari pemerhatian kami dan respon dari pesakit kami yang lepas, ternyata banyak kes berat dapat kami selesaikan dengan izin-Nya dan jangkamasa kesembuhan pun semakin pantas.

Bagi pesakit gangguan jin di luar sana yang masih lagi menderita penyakit santau, sihir dan juga saka, saya syorkan anda untuk beristiqomah selama 2 minggu sekali bagi menjalani rawatan terapi ruqyah syar'iyah dan al hijamah, InsyaAllah penyakit gangguan jin anda akan cepat sembuh, jadi tak perlulah mencari kaedah-kaedah power ataupun perawat-perawat power yang ada nama lagi..Setiap kaedah perubatan yang disebutkan dalam Al-Quran dan hadis mempunyai jaminan kesembuhan dari Allah SWT. Dalam sibuk kita berikhtiar dalam rawatan, nasihat kami ialah utamakanlah kaedah Al-Quran dan sunnah....

AL HIJAMAH THIBBUN NABAWI ALA-DZOHRIL QODAMI (Betis)

Rasulullah SAW pernah berbekam pada titik ini, ia berkhasiat dalam menyembuhkan sakit kebas-kebas kaki dan gout.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

SURAH YAASIN


Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari kiamat.

Saturday 1 October 2011

AL HIJAMAH THIBBUN NABAWI AL-KAAHIL (Hujung Tulang Belakang)


Rasulullah SAW pernah berbekam pada titik ini, ia berkhasiat dalam menyembuhkan sakit kepala dan saraf.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

AL HIJAMAH THIBBUN NABAWI AL-KATIFAIN (Bahu)


Rasulullah SAW pernah berbekam pada titik ini, ia berkhasiat dalam menyembuhkan sakit bahu, leher dan stress.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

AL HIJAMAH THIBBUN NABAWI 'ALA WARIK (Pinggul)


Rasulullah SAW pernah berbekam pada titik pinggul ini, khasiantnya ialah dapat menyembuhkan masalah ginjal, sukar buang air kecil, menghilangkan rasa pedih jika pernah terduduk dan juga menyembuhkan penyakit gout.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al...-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.

Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.

Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

Untuk menyejukkan hati orang yang kita sayang, pasangan, mertua, adik-beradik, kawan-kawan kerja, saudara-mara, bos kita atau sesiapa sahaja dan ia juga baik untuk diri sendiri..Lembutkan hati sendiri.. Tapi kenalah ingat. Niat dengan cara baik, bukan niat cara jahat.....tak menjadi nanti. Mari kita sama-sama amalkan..

Baca Al-Fatihah 1x dengan niat untuk melembutkan hati seseorang.

Kemudian baca ayat ke 4 di dalam Al-Fatihah (kiraan saya tidak termasuk bismillah)
Baca sebanyak 7x dan tiup ditapak tangan serta sapukan keseluruh muka kita. 
Ulang semula langkah-langkah di atas dengan membaca semula Al-Fatihah 1x dan ayat ke 4 sebanyak 7x dan hembuskan kepada insan yang yang dituju.  InsyaAllah dengan izin tuhan maka lembutlah hatinya.